Thursday, 29 December 2011

kawin lawannya cerai

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


If i read this article correctly, at least 1 in 5 couples end up in divorce.
I'm not in the best position to comment on this sebab aku tak pernah kawin pun.
girlfriend pun tak ade
Tapi aku macam pelik la,
ada orang sebelum kahwin tergedik-gedik nak kahwin.
dah kahwin terkinja-kinja nak bercerai.
pasai apa ya?
tapi apa yang pasti benda ni buat orang orang bujang macam aku fikir 13 kali nak kawin.

Thursday, 22 December 2011

Aku bukanlah sesiapa...

Kalau ada sesiapa yang 'rajin' stalk page facebook aku mesti korang perasan yang aku ni rajin kongsi berita-berita tentang politik.
Kalau study serajin ni kan bagus wakaka
Kononnya nak jadi mahasiswa yang peka terhadap perkembangan negara la, kononnya.
bukan setakat mahasiswa yang hanya tau tengok porn, baca gosip-gosip artis, tengok 22 orang lelaki dewasa berebut sebijik bola (bola sepak la tu), bercouple tak tentu hala
nak juga jadi mahasiswa yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
tapi dalam syok2 berkongsi buah fikiran tu adalah jugak yang 'terasa'

nak dipendekkan cerita ada la sorang hamba Allah ni tiba-tiba call bapak aku,
suruh bapak aku bagi 'nasihat'  kat aku supaya jangan la terlalu 'kritikal' dengan kerajaan.
kononnya aku ni selalu post benda yang 'bukan-bukan' tentang kerajaan.
buat komen/status yang agak kritikal terhadap kerajaan.
Hati-hati sikit pasal kononnya aku ni belajar disponsor oleh government/MARA. (eh memang betul la kan disponsor, apa yang kononnya)

Perghhh
Menyirap jugak la darah aku.
Apehal hal pulak page facebook aku kau nak kecoh-kecoh.

Aku bukan post benda-benda lucah ke apa.
Bukan promote homoseksual ke, dadah ke.
Just kongsi benda-benda macam..... berita politik je.
Bukan promote aliran politik songsang macam komunisme ke, talibanisme ke
Cuma berkongsi buah fikiran didalam dunia yang kononnya meraikan demokrasi dan kebebasan bersuara.
And the most important thing is, I AM NOBODY.
My opinion is worthless, nobody listen to my say.
Benda-benda yang aku post/share pun jarang-jarang orang komen/like.

Yang tak boleh blah,

siap boleh report kat bapak aku pulak tu,
HAHAHA macam la aku ni sekolah rendah lagi.
Nak tegur, tegur la direct, hantar personal message pun tak pe.
Aku sudi mendengar pendapat/teguran orang lain


Tapi bila fikir2 balik
silap aku jugak agaknya sebab tak seimbang dalam berkongsi berita.
Tu yang ada orang terasa kot haha.
I have to admit that most of the stuffs that i posted/shared are quite critical toward the ruling government.
So mungkin it gives an impression yang aku ni sangat-sangat la kritikal dan menentang kerajaan dan selamanya bersama pembangkang. LOL
So untrue ok

Ok.
Let me tell you something ar..
secret ni tau!!
i'm not a registered voter........ yet
Why?
memang sengaja aku tak daftar.
Sebab aku rasa akan berlaku conflict of interest jika aku mengundi.
Aku sangat-sangat la bersyukur dan terhutang budi terhadap kerajaan pimpinan BN.
tanpa polisi-polisi DEB, kuota bumiputera etc, belum tentu aku dapat bantuan pelajaran, pergi obersi
kalau nak ikutkan sistem meritokrasi, agaknya dah ke laut dah aku ni.
Jadi aku ambil keputusan untuk tidak 'khianat' terhadap kerajaan selama mana aku masih belajar dibawah bantuan mereka ini.
Namun begitu, bantuan pelajaran itu bukanlah alasan untuk menidakkan hak aku sebagai rakyat untuk bersuara, menegur, menkritik kerajaan,
walaupun hanya melalui medium facebook atau twitter.


Suka lah aku nak memetik kata-kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam account twitternya:

"biasiswa saya dulu bukan duit BN, tapi duit Kerajaan Msia"



Lagi pun mostly benda-benda yang aku kongsi ni adalah melibatkan kepentingan awam,
perkara yang melibatkan rakyat marhaen secara langsung.
Aku tak rela hanya duduk diam bila melihat sesuatu yang aku rasa 'tak betul' menimpa my fellow malaysian.
('betul' atau 'tak betul' itu boleh dibicara lain kali ya)
kalau politik selak kain, video lucah, fitnah-memfitnah, perkauman
memang aku takkan post/kongsi,
tak kira dari pembangkang mahupun kerajaan.
Gutter politic memang gua tak main la.

Nanti when i'm ready to vote,
tak kira la BN ke, PR ke, Fianna Fail ke,
asal yang bersih, amanah, competent akan jadi pilihan.
Buat masa ni biarlah jadi tukang sorak je.

Kepada yang terasa tu, i offer my most sincere apologies.
sementara tu meh kita layan lagu ni, best woh!
macam nak tengok filem Songlap, tapi dengan siapa?

p/s baiklah akan berkongsi juga cerita/berita tentang DS1M Hj Najib Razak, boleh?

Sunday, 18 December 2011

Balik kampung


jom balik kampung!!!!!!
oh oh oh balik kampung
oh oh oh balik kampung..

excited nak balik malaysia.
tapi beg belum habis pack.
baju yang baru dibasuh belum habis dilipat.
bilik belum berkemas.
and i need to be in the airport in 7 hours time.

looking back at my itinerary,
just realize how stupid i was
to purchase ticket with 11 hours transit time in London heathrow.
OMG
What am i gonna do during the transit period.
the airport is not that great.
kalau nak pegi london city center,
macam malas la pulak (padahal kedekut nak bayar train)

i wish i could just skip the travelling part.
kalau la ada pintu kat bawah ni......

Friday, 16 December 2011

If you're going through hell, keep going.

I've been going through hell for the last few weeks.
Exam people, exam!
That explains for the lack of update.
And finally today, i'm done with the last paper.

Macam biasa la bila kau dah habis exam
hilang segala idea nak buat apa.
dulu masa sebelum exam kemain rak lagi plan nak buat tu, nak buat ni.
tapi kebiasannya bila habis exam ke laut semua planning-planning tu.
konon ada list movie yang mahu ditonton,
last-last satu haram pun tak tengok.

Unfortunately cuti winter kali ni adalah pendek (sialan lu UCD)
2 minggu sahaja.
but i've decided nak balik Malaysia 'truly asia'.
nekad
lantaklah berapa mahal pun tiket
apa aku peduli (padahal menangis time bayar, makan roti sapu jem sebulan nak cover)
asalkan dapat escape dari irish winter.
dapat jumpa famili.

But before balik haruslah:

  • mengemas bilik yang dah macam kandang babi baru lepas mengawan
  • membasuh baju kotor yang mencakar langit. 
  • membeli buat tangan untuk sanak-handai di tanah air

So, better start now or else aku telanjang balik malaysia takde baju nak pakai.

Monday, 5 December 2011

December

My least favourite month.
Why?
The exams,
The weather.
Cold and gloomy.
Typical irish winter
Memang homesick gila la wei time-time ni..........
-
-
-
-
-
Dulu waktu zaman sekolah,
december la bulan yang paling best sekali.
Cuti hujung tahun la kata kan
Boleh bangun tidur lambat.
Kira 9 pagi tu awal sangat la kalau nak bangun. biasa pukul 10 ke atas.
Bangun bangun je tak gosok gigi, tak mandi terus lepak depan tv.
selalunya layan TV3 slot "Alam Ria Cuti Sekolah".
Dulu astro tak ade lagi. Rumah orang kaya je ada astro time tu.
So layan la kartun2, filem2 disney, ultraman
Bila mama dah start jerit baru la sibuk-sibuk pegi mandi.
Pastu sambung tengok tv lagi.
Bosan tengok tv, start main-main  gaduh sepak terajang dengan adik pulak
bila tiba time petang pulak dah mengelinjang tak senang duduk nak keluar main.
The rule was boleh keluar main lepas pukul 5,
so sementara nak tunggu pukul 5 tu dah menggelupur tak tentu arah,
risau budak-budak lain dah start main dah.

Lagi best bulan 12 sebab dulu musim raya adalah time hujung-hujung tahun.
Memang boleh balik kampung awal.
2 minggu lagi nak raya dah ada kat kampung.
Berkumpul sepupu sepapat
so kalau dah berkumpul ada je la aktiviti yang dibuat
-
-
-
-
-
Fast forward to december 2011
i'm stuck in my room,
10908 km away from home and my family.
2°C of outdoor temperature 
11 days away for winter exam
and
13 days away for homecoming.
Yes december pertama di malaysia sejak 2007
InsyaAllah

Monday, 28 November 2011

Tiramisu

Sambil baca, boleh la dengar muzik dibawah. bagi feel italiano.

Tiramisu..
My favourite dessert
kalau pilih aiskrim, mesti flavour tiramisu jadi pilihan.
last winter, i went to Italy.
memang dalam hati dah pasang niat nak merasa tiramisu original.
buatan Italy punya.

On the first occasion, order Tiramisu di kota Rome.
waktu mula-mula Tiramisu tu sampai macam pelik sikit
eh ni chocolate cake ke tiramisu?
tapi malas nak cari masalah, makan je la.
sedap tu sedap tapi rasa chocolate cake la. flavour coffeenya memang tak tarasa langsung.
Hampa...
Tiramisu kota Rome (2 star)

bila pergi ke Venice, semangat nak makan tiramisu kembali berkobar-kobar.
at last order tiramisu.
and the taste was amaaazzzingggg i tell you.
the best tiramisu i've ever eaten.
Tiramisu kota Venice (4.5 star)

sms my sis, bajet nak bagi dia jeles and this was how she replied
"baik-baik sikit makan, selalunya diorang letak marsala WINE. tu yang sedap tu"
-
-
-
GULP!!
ok benda dah selamat bersemadi dalam perut. aku pun tak tahu. kira maafkan lah ya.
-
-
-
-
jadi hari ni mengenangkan kenangan manis di Italy, semangat nak buat tiramisu terus berkobar-kobar.
habis kelas pagi tadi, terus mengayuh ke Tesco.
cari barang untuk my first ever Tiramisu.
halal punya.

setelah ber'silat' selama setengah jam di dapur maka lahirlah tiramisu sulung aku.
tapi kena letak dalam fridge at least 4 hours to setkan dia.
 so lets chekidaut the resipi.
sonang jo.

Bahan-bahan (serves 3)


  • 180g mascarpone cheese (kalau xde ganti cream cheese philly pun boleh)
  • whipped cream (agak-agak je la ya) 
  • 4 sudu makan gula (lebihkan kalau mahu diabetes)
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • italian finger lady (aku x jumpa benda alah ni, so ganti dengan sponge cake biasa shj)
  • expresso (ala kau bancuh nescafe sampai pekat giler, x payah letak gula) 
  • serbuk koko (serbuk milo tak boleh ya)
Cara-cara
  1. Mulakan dengan Bismillah.
  2. Kau godak cheese, gula, essen vanilla sampai sebati.
  3. lepas tu kau 'fold in' kan whipped cream. jangan kau godak sebab dalam whipped cream tu ada molekul2 angin and we don't want to lose the air. tak gebu tiramisu kau Peah kalau kau 'buang' angin tu. 
  4. Sementara itu, kau susunkanlah lady finger/sponge cake kau di dasar acuan/tupperware.
  5. Tuangkan campuran expresso kau tadi atas sponge cake. Use your discretion here. we don't want too much coffee until the sponge become soggy.
  6. Pour the cheese mixture on top of you sponge base. Ratakan.
  7. Last sekali sprinkle cocoa powder on top for garnish.
  8. Put in fridge for at least 4 hours/overnight. jangan kau terus menketedarah pulak ya.
Sebelum di potong

Tiramisu kota Dublin (3.75 star)



Friday, 25 November 2011

Aku pun tak tau nak letak tajuk apa....

Disclaimer: penulisan ini hanya benar untuk demam selsema dan sakit-sakit ringan sahaja. Lain-lain penyakit sila rujuk doktor anda. Penulis adalah sedikit 'lupa diri' kerana jarang ditimpa sakit yang teruk, tu yang eksyen semacam mempersoalkan kewajaran berjumpa doktor. 


i wanna become a doctor (sort of)
i'm working my ass off towards achieving the dream (sort of)

but the irony is
when i get sick, the last person i would like to meet is the doctor.
Why?
I've always been afraid of the doctor.
I just don't like seeing them, that's all.

the hassles of going to clinic, waiting for ages to meet the 'Tabib'
the crowded waiting lounge, the antiseptic smell.
blerghh they just make me more sick.

bila sampai turn kau,
nurse panggil masuk bilik.
daktor pun tanya la sikit2, mcm nak tak nak je
auscultate sikit, check anak tekak guna batang aiskrim, ambik temperature
last2 jumpa less than 5 minit je, habis.
so apakah motifnya kau dah sakit separuh mampos tiba-tiba kena gagahkan diri tunggu giliran nak jumpa doktor yang hanya willing to spend less than 5 minit dengan kau?
badan makin sakit, kocek makin kempis

dan bila dapat ubat pun kau dah boleh agak combo ubat yang dapat.
panadol+ubat selsema+ubat batuk+abx+strepsil.

adalah lagi baik ko beli ubat sendiri, makan ubat dan tido di rumah
oh mungkin ada yang jumpa doktor pasal nak MC je.
ni pun aku tak berapa nak faham.
kalau cuti sakit je mesti mau ada MC dari doktor.
bagi aku la, kalau orang tu larat pergi jumpa doktor, dapat MC semua.
maksudnya dia tak berapa sakit la sangat.
baik pi kerja/kelas

because of  the reasons stated above
dah beberapa tahun dah aku dah tak jumpa doktor bila sakit.
(mungkin ada la sekali dua, tu pun mak aku yg bawak. nak harapkan aku memang kem salam je la)
so apa yang aku buat bila sakit.
just makan panadol, minum air banyak-banyak dan tido.
no antibiotic whatsoever.
InsyaAllah 1-2 hari lepas tu baik lah.
tak perlu khidmat konsultasi 5 minit atau ubat-ubatan 'special' dengan arahan 'HABISKAN'

p/s: an apple a day keeps the doctor away. tapi saya telan satu bungkus terus.
SHOOOH!!!!