Monday 31 October 2011

lagu pilihan bila study

aku jenis kalau study tak boleh dalam suasana senyap-sunyi.
kalau tak dalam 10 minit study alamatnya dah selamat berbungkus dalam duvet.
memang dah jadi habit dari zaman-zaman sekolah dulu untuk pasang apa2 lagu sebagai background noise.
selalunya artis-artis kafir dari barat menjadi pilihan hati.
kalau dalam mode beriman mungkin pasang nasyid raihan, rabbani atau ziana maher zain.

tapi sejak dua menjak ni cita rasa muzik dah beralih kepada genre yang agak 'disturbing'......
sambil study tersengih sorang-sorang sambil tangan diletak atas riba. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

apakah...!!??
pruritus apakah yang melanda diri ini?


p/s: sebenar-benarnya diri ini ingin sangat makan nasi minyak.... literally. cari di youtube pasai resepi nasi minyak.. yang keluar adalah lagu kahwin. -_-"  

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih kepada housemates, Pok dan yahya kerana sudi masak nasi minyak untuk hidangan berbuka.
awwww sweetnya
sumpah sedap giler.
kepada mak mak mertua diluar, 2 orang ni memang calon hot untuk dijadikan menantu.
dah la pandai masak, muka pulak biasa2 hensem bangat

Saturday 29 October 2011

my very first 'pet'...

waktu kecil memang tidak berpeluang untuk memelihara binatang.
bukan tidak bersifat penyayang atau belas terhadap haiwan.
tetapi mempunyai ibu yang anti-binatang peliharaan membuatkan impian kaanak-kanak itu terkubur begitu sahaja.
bila bawa pulang anak kucing ke rumah, maka terus terdengar tempikan menyuruh dibuang baby kucing tu.
sadis!!
mungkin paling hampir memelihara binatang adalah sewaktu di KMB apabila ada kucing menumpang bersalin dibilik.
jadi atas dasar semangat setia kawan perikemanusian, aku sediakan sebuah kotak beralaskan baldu T-shirt buruk untuk keluarga kucing yang malang ini. sayu hati memerhatikan ibu kucing menetekkan anak-anak beliau. dimanakah jantan yang bertanggungjawab membuntingkannya??? getus hati sang adiwira.
lepas 'pancut' blah macam tu je. dasar jantan bedebah!!
selang beberapa minggu, dari 6 ekor anak kucing, last-last tinggal sekor je. mungkin lagi 5 ekor mak dia dah makan kot.

jadi bila berhijrah ke dublin, impian untuk memiliki binatang peliharaan terus membara.
tapi bila fikir-fikir balik nak memelihara haiwan ni besar komitmen dia. makan berak mau berjaga.
sedangkan makan minum aku pun tak tentu hala, inikan lagi mahu jaga anak dara orang binatang peliharaan.
So sebagai alternatif aku nak pelihara pokok je la.
pokok sebagai pet?? boleh la tu.

may i introduce...

WILSON

Wilson. duduk tepi tingkap bagi kena matahari. 

sedang berfotosintesis

setia menemani bila sedang study

Kenapa Wilson?
well wilson ni is one of the characters in one of my favourite movies.
Cast Away.
remember Wilson the volleyball?
Wilson, the most famous volleyball 
yes i name my 'pet' after this fella.
aku consider nasib aku sama macam tom hanks dalam cast away.
terperangkap kat pulau. (ireland is an island btw)
nak balik rumah tak boleh.
so to keep my sanity, haruslah ada peneman untuk bercakap-cakap dikala keseorangan dalam bilik
therefore i bought my wilson from tesco.

p/s: kenapa pokok?? pokok tak berak, kencing. tak busuk. yang paling penting murah. Goldfish pun nak dekat 20 euro sekor. baik beli ikan salmon lepas tu masak kari

Tuesday 25 October 2011

Seafood pesto pasta

walaupun duduk di negara barat, tapi my daily diet still malaysian style.
mesti at least makan nasik sekali sehari selepas makan.  
kira sama la macam geng-geng vietnam kat malaysia, mesti nak makan anjing ngan kucing.
sebab tu habis anjing/kucing tepi jalan diorang sembelih. 
hari ni kucing masak kicap, esok anjing rendang. lusa asam pedas tetel kucing.

berbalik pada kes aku,
kalau dah hari-hari mengadap nasik pun naik kembang jugak tekak kan.
nak jugak "tukor" selera, bak kata orang "Muor"
jadi semalam decide nak masak pasta.

seafood pesto pasta to be exact.
when i said seafood, it was just canned mackerel haha.
takpe2, the simpler the better the taste. (padahal kocek too 'simple', nak beli real seafood kedekut)
i'm using basil pesto sauce instead the typical tomato based sauce.
for me, basil pesto are more robust in flavour. pleasant to my palate
tomato based sauce is too cliche and ordinary, no wow factor.
and i don't really like the acidity of tomato.
(semangat masterchef ni)

Gambar ehsan google. waktu dah hidang and nak makan, camera pulak nowhere to be found. 

readily available in tesco/supermarket

jadi resepi untuk seafood pesto pasta 

bahan-bahan:

  • Fusilli pasta 
  • basil pesto paste (tesco mari)
  • mackerel in sunflower oil cap tesco (other seafood pun boleh, ayam pun ok)
  • susu setengah cawan
  • cheddar cheese (optional)
Cara-cara:

  1. masak pasta al dente. 
  2. dalam periuk lain, tumis the pesto paste.
  3. add in mackerel. 
  4. masukkan susu. 
  5. reduce the sauce. add in pepper and salt to taste.
  6. lastly masukkan pasta.
  7. serve while hot.
Tips:
  • when cooking pasta, season the water until it tastes like sea water, a lot of people don't even put tiny bit of salt and end up with horribly bland pasta. biggest error in cooking pasta. sesedap mana pun your sauce but if the pasta is bland, it will drag the whole dish down.

Saturday 22 October 2011

Aku bukan musuh harta

lagu yang penuh nasihat dan sindiran.
sampai kena ban dengan RTM.
siapa makan cili dia terasa pedas la kan.
lagu lama tapi sentiasa relevan.
dan yang buat lagu ni spesel adalah kerana lirik lagu ini diambil dari puisi nukilan Dr Mohd Asri (Dr MAZA)
bekas mufti perlis. 
Dr MAZA


KOPRATASA AKU BUKAN MUSUH HARTA LYRICS

Mereka kata:
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu, bermewahan saja..
Aku bertanya: apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta

Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..

Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,
Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Di dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka; lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam

Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istemewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Dihujungnya ada harta,
Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama… 

rempit

Hidup di obersi ni tak lah seindah yang disangka.
Indah hanya dalam gambar.
Realitinya penuh kepayahan dan pancaroba.
kita ambik contoh mudah.. pengangkutan.
Rata-rata rakan di malaysia memandu kereta/motor bila nak move around (abis tu tak kan lori balak kot?).
driving bila pegi lecture. bila ke bandar pun drive. balik kampung pun drive sendiri. 
kalau xde tumpang je orang
Senang cerita diorang tak banyak masalah in term of transportation. (masalah xde fulus nak isi minyak tidak bersangkut paut dalam post ini) 

However, the opposite could be said about me here in Dublin.
I totally rely on public transport as a mean of transportation. 
to make thing worst, the public transport here is on par if not lower as compared to bolehland, Malaysia.
jadi nak tak nak aku terpaksa guna kudrat otot gluteus maximus untuk bergerak dari satu lokaliti ke satu lokaliti yang lain.
meaning jalan kaki atau berbasikal.
3 kilometer aku consider sebagai walking distance dan 6 kilometer sebagai cycling distance.
nasib baik weather adalah 'sesuai' untuk beraktiviti lasak.
kalau mengambil pendekatan sebegini di malaysia, mungkin sudah berpeluh dubur di kilometer ke-2.
pitam mungkin terjadi di kilometer ke-3

Jadi apabila berbasikal jarak jauh ni, kau akan cuba sedaya upaya untuk menjimatkan tenaga.
bila turun bukit, akan mengayuh sekuat hati.
minimum brake usage.
supaya bila next naik bukit you don't lose too much speed and end up struggling.
bongkokkan badan untuk mengurangkan rintangan angin.... 
tak ubah seperti gaya seorang rempit. cuma belum buat superman je
Apabila gaya pun saling tak tumpah dengan rempit, sudah tentu risiko kemalangan pun adalah setara dengan golongan istimewa ini. 

Drag coefficient hampir zero

gaya penulis setiap pagi untuk ke hospital

gambar hiasan



Dalam hati sering berdoa supaya janganlah ditimpa kemalangan.
tapi malang memang smell-less la kan.
Semalam yours truly ditimpa kemalangan dikala membelah keheningan pagi menuju ke hospital.
tergolek-golek seperti venlentino rossi jatuh mengelak biawak.
memang sakit wa cakap lu. 
tambah sakit bila ada orang keliling. malu wooo.

tapi dah memang salah aku. (takkan kau nak salahkan basikal pulak)
kononnya nak koner baring kat selekoh tajam sebab malas tekan brake. 
(penat2 ko kayuh lepas tu nak tekan brake?? no way man.)
sekali koner tak berapa nak baring daa, terlanjak keluar jalan terus langgar tembok.
so apalagi, terguling sakan la.
graphic by Reuters

lepas jatuh tu, aku terus bangun, kebas-kebas bontot terus blah. malu siot. 
sakit memang x rasa lagi. malu punya pasal
bila dah start kayuh tu baru perasan tangan dah rabak (esejeret je lebih mamat ni)
darah menitis-nitis dari tangan. 
tapi alhamdulillah bila check hanya superficial abrasion sahaja.
check seluar, check baju, check jaket, check beg. ok selamat xde koyak apa2.

walaupun hanya kelihatan seperti bintat kena gigit nyamuk, tapi waktu kejadian, darah berlumuran dan bengkak. horror wa cakap lu.

ok entry yang tak menarik. 
jatuh basikal pun nak kecoh.
jadi moral of the story, hidup obersi sucks.


Friday 21 October 2011

Busy

Jarang update kebelakangan ni.....
Busyyyy..
mengalahkan perdana menteri tau tahap kebizian sekarang.
bizi tidur.
bizi nak surf tenet
bizi keluar town jalan2
bizi makan
bizi preparing for the upcoming exam
bizi buat assignment
bizi ke hospital
bizi itu
bizi ini
bizi body
esok la aku update

Sunday 16 October 2011

puasa seminggu dibulan oktober satu bidaah?

weeeeee
hari ni hari terakhir aku berpuasa.
hari ke-7.
kau puasa apa noks tengah-tengah bulan 10 ni?

tajuk memang tak boleh blah! abaikan.
kau puasa ganti ke?
lama dah ganti beb. (tak de la sampai 7 hari aku ponteng. sehari je pun)

so puasa apanya pulak?
puasa nazar..... 7 hari lagi kau!

reason?
Alhamdulillah hujung tahun ni aku akan menamatkan zaman..........................................................2011.
next year zaman 2012.
wakakaka
ok tak lawak pun.

sebenarnya,
semester lepas aku bernazar nak berpuasa seminggu kalau lulus exam 3rd year.
Alhamdulillah dah rezeki aku.
walaupun result keluar awal bulan julai hari tu, dah tengah bulan 10 baru terkial-kial nak puasa.
Ya Allah, terimalah nazar hambaMu ini

so since this is the last day puasa (kononnya esok raya la ni....bajet!)
aku nak berbuka puasa spesel sikit la.
lagi 3 jam nak masuk waktu. azab azab


so boleh pikir-pikir menu untuk berbuka.
semalam dah berbuka nasi, kicap, telur goreng, air kosong  secara sederhana.
jadi hari ni macam mahu bedal burger. quarter pounder to be exact.
namun disebabkan McD ireland tidak mengamalkan prinsip syariah dalam penyediaan burger mereka
terpaksa la yours truly membikin sendiri quarter pounder.

nanti aku kongsi resepi naa!

Nanti kau aku bedal!!

Wednesday 12 October 2011

obedient wives club......

Kelab isteri taat...
dengar pun sejuk je kaki dengan tangan.
waktu awal-awal ramai la dok kondem, kutuk itu ini, cakap cari publisiti murahan la
First time aku dengar pasai depa ni, my reaction was:

"ok la tu, baguih apa kelab macam ni. bukan promot buat benda tak elok pun"

dalam hati dah berkira-kira nak dapatkan satu borang keahlian
konon nak buat hantaran kahwin, nanti lepas nikah terus bagi pen kat bini isi borang.
apply keahlian seumur hidup terus. senang!!

tapikan bila diorang start keluarkan 'guideline' isteri yang taat
'layan suami seperti pelacur kelas pertama'
apehal pulak ni? rasa pelik pun ada. seronok pun ada
mungkin pemilihan kosa kata yang kurang sesuai.
ataupun diorang guna teknik hiperbola kot

layanlah laki kamu sebaik mungkin, bagi servis first class punyer!!!
mungkin inilah mesej yang cuba disampaikan.

kalau ikut lojik, mana la kita tau pun macam mana specialnyer servis pelacur first class,
laki tak tau, bini pun tak tau. (unless salah sorang pernah langgan/jadi pelacur kelas pertama)
mungkin layanan yang bini berikan on par dengan pelacur kelas perniagaan, atau kelas ekonomi. sapa tahu?
Vice-president:Dr. Rohaya Mohamad

dalam beberapa bulan isu ni makin reda.

sekali kau aku baca paper pagi tadi, diorang dah publish satu buku pulak.
tajuk memang nak box-office la kononnya
guna perkataan sex dgn yahudi

"Seks Islam. Perangi yahudi untuk kembalikan seks islam kepada dunia"
what the heck?
apa kaitan yahudi dengan aktiviti seks orang islam?
apa dia seks islam?
apakah?
wakluuuu.
kalau kau dan madu-madu kau nak kongkek ramai-ramai dengan 'pemimpin roh', nak
buat threesome ke, foursome ke, sex orgy ke, itu korang punya pasal la.
Tapi tak payah la kau nak guna nama Islam pulak. promote kebagai konon tu la yang Islam ajar.
The only thing you have managed to do with this is to open Islam for ridicule.


aku kesian jugak kat yahudi. tak pasal-pasal diorang pun terbabit.
just wanna ask "what have Jewish people ever done to prevent muslims from enjoying sex???"
sikit-sikit salahkan yahudi. kau tak puas kongkek pun nak salahkan yahudi ke??


bila diselidik, rupanya kelab ni adalah serpihan-serpihan kumpulah Al-Arqam.
ermmm...... no wonder la.
kensel nak daftar bini bila kawin esok.


p/s: jemput la chua soi lek menulis sekali. gerenti meletup buku ko noks hohoho



Tuesday 11 October 2011

haemophobia....

haemophobia?
Sejenis kuih kah?
ataupun sedara bau-bau bacang dengan homosexual?
menurut professor emeritus wikipedia, haemophobia didefinasikan sebagai ketakutan ekstrem dan tidak rasional terhadap darah.
haemo: darah
phobia: fobia/takut
so ada faham sekarang?

alamak datang bulan la pulak!!

It is not uncommon to see people having this kind of phobia.
dia bukanlah satu problem besar pun kalau korang ada phobia ni.
tapi apabila kau adalah seorang pelajar medic, kononnya bercita-cita nak berkerja sebagai doktor,
memiliki phobia terhadap darah bukanlah satu perkara yang cool ataupun layak dihebahkan kepada orang kampung.

Semalam aku scrubbed in for surgery.
assisting the surgeons.
first surgery adalah washout of the infected haematoma (darah beku) at the abdomen.
bila surgeon toreh je perut, darah + blood clot keluar macam tak sempat-sempat.
warna adalah seperti ribena belum bancuh. blood clot pulak macam jeli.
Dekat satu liter darah + blood clot kena sedut keluar.
tapi aku time ni rilek je. sebab tengok dari jauh


second surgery, appendectomy a.k.a tummy tuck.
trim perut yang menggelebeh a.k.a spare tyre.
surgeon panggil aku tolong tarik lemak yang menggelebeh sementara dia start potong guna blade.
time ni aku dah seriau dah.
bila dah potong kulit, lapisan lemak pulak kena dipotong, kali ni lebih ganas dan sadis.
guna pisau rambo
guna electrocauterization. exactly macam kau ambik pisau panas potong butter.
berasap-asap bila lemak dan darah terbakar.
glove yang aku pakai pun dah lejun dengan cebisan lemak dengan darah
at this point aku dah macam seram sejuk.
tiba-tiba semua benda yang aku nampak jadi kaler putih.
omaigod!!!

dalam hati aku doa je jangan pengsan.
2.5 kg of spare tyre berjaya dikikis keluar. (rupa adalah seperti tetel daging)
aku pelan-pelan ke tepi dan terus keluar dari operating theater.
Fuh selamat tak pengsan dalam tu.
kalau tak memang tak tau la mana nak letak muka yang hensem ni.

What to do kan.
aku insan yang pengecut lemah
Aku sejak dulu cukup benci/ngeri dengan movie bunuh-bunuh macam film 'Saw', 'final destination'
bila ada orang ajak tengok movie genre kejam ni memang aku seboleh-boleh mengelak.
alasan2 yang paling cliche:

"tak best la cerita ni, aku tertido sat gi kang"
"dah tengok, tak best pun"
"ko belanja aku ikut!"


memang aku ngeri la nak tengok cerita-cerita macam tu.
kalau tengok pun konfem tekup muka dengan tangan.
kalau ada scene potong tangan, mesti tangan aku pun ikut berdenyut.
scene toreh mata, mesti mata aku berair-air.
scene rodok perut, nanti perut aku memulas-mulas
scene potong kemaluan, mesti.......

jadi bila kau masuk OT, semua scene diatas berlaku.
bayangkan je la macam mana nasib aku.

Harus prektis main darah ni. mana la nak cekau darah.

Thursday 6 October 2011

SULA...


Sabda Nabi saw., “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipudaya; ketika itu orang-orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai para pengkhianat dan tidak mempercayai para pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaybidhah akan berbicara.” Mereka bertanya, “Apakah itu ruwaybidhah?” Rasulullah berkata, “Ruwaybidhah adalah orang-orang bodoh (yang berbicara) tentang urusan umat.” (HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra.)


kalau betul la si enot ni yang cakap.....
meh sini enot aku sula hang sampai kerongkong. Jahil tak pe kita leh ngaji, tapi tak payah la banyak cakap pasal benda yang kita jahil ni. -_-"
not cool you know. 

Bajet 2012 (Pakatan Rakyat)



PR dah bentangkan belanjawan bayangan diorang.
ada perkara yang bagus, ada yang kurang jelas.
ada part yang kritik/kutuk/tuduh BN, tak relevan pun dengan bajet yang dibentangkan.
bang nuar oi, orang nak dengar the bajet, bukan tuduhan tanpa bukti.
kalau buat karangan PMR anwar mungkin gagal kerana dah terpesong dibeberapa perenggan.

tapi overall aku sangat menyambut baik langkah PR membentangkan bajet diorang sendiri.
At least diorang dah buktikan they are not only good dalam membangkang tapi diorang juga bersedia (nampak seperti bersedia) untuk memikul mandat rakyat jika diberi peluang.

Sekarang kita tunggu pulak bajet 2012 dari BN.
harap-harap lagi bagus.
BN perlu ambil berat kenaikkan harga barang.
bertindak secara serius.
bukan menteri pung pang pung pang dalam TV tapi last-last harga naik jugak.


harap jangan jadi macam tahun lepas, cukai spender/beg tangan je dikurangkan. 
apa kau ingat rakyat makan spender ganti nasik ke?
lepas tu nak buat menara 100 tingkat.
RM111 million for permata? 
not cool najib, not cool.

apa-apa pun tunggu la esok.
hopefully ada berita baik untuk semua.
pilihanraya nak dekat kn. mesti ada umpan ni.
Najib, jangan hampakan kami!

Tuesday 4 October 2011

'Chill-chill la dulu bro'.............................................fail exam

memang aku down giler semalam when i was not able to properly present a history.
tapi kan dah history pun caca marba sahaja. tak prepare langsung (dasar pemalas, bila kena tegur tau pulak sedih)
to add salt to the injured ego, the doctor siap cakap

"you'll not past your examination with this kind of history taking. it is useless to be delusional about it [like everything seems fine]"

memang pahit untuk ditelan tapi kena ambik sebagai cabaran.
mungkin that was my wake up call.
i need to work harder to improve myself.
just accept the fact that "chill-chill la dulu bro" kind of attitude will make me fail my exam.

Sabar is the key here.....

Al Baqarah (2) : 153
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar


Bila aku rasa down je mesti aku dengar lagu ni.
rasa sedikit motivated dan sejuk hati.
Alhamdulillah



Sunday 2 October 2011

Haah bukak website apa tuh???

Kalau dulu terputus bekalan air dah macam nak kiamat dunia.
memang huru hara la hidup.
tapi sekarang aku lebih rela terputus bekalan air dari ter-disconnect from internet,

Hazab wokey internet tak ade.
makan tak lalu, mandi tak basah, berak lupa pam.
macam kucing dipijak ekor.

I can spend my whole day surfing internet.
hanya berhenti untuk kencing, berak dan sembahyang
selalunya surfing tanpa hala tujuan.
meh aku listkan website yang selalu aku bukak

  1. facebook - ofkos
  2. youtube - TV replacement
  3. blogserius - kenot function kalau tak visit this website at least once daily
  4. beautifulnara - for my daily dose of gossips
  5. paultan.org - i'm a dude
  6. ohbulan - alternatif to beautifulnara
  7. dailymail.co.uk - akhbar tabloid 
  8. airliners.net / flightglobal - i'm a disappointed pilot 
  9. website uni - check email
  10. ucd blackboard - check lecture notes
  11. minda tajdid dr maza - tarbiyah diri sikit
  12. blogs - baca blog orang
  13. the malaysian insider - politikus
memang dah sah-sah pelajar yang pemalas.
cuma ada satu dua je website yang ade kaitan dengan akademik/berilmiah
nak buat macam mana, daku hanyalah insan yang lemah

teh tarik dan racun ubati sakit rumah

Latest medical journal discussing about teh tarik dan racun?
sakit rumah? apokobondo tu jang?

Memang dah jadi typical syndrome (ke aku je?) untuk student obersi berasa homesick dari masa ke semasa walaupun dah tahun ke-4.
Jadi untuk menghilangkan rasa terkilan berjauhan dari tanah air dan keluarga, aku cuba untuk menghidupkan suasana malaysia di rumah.

So di pagi ahad yang hening, aku bangun awal untuk solat subuh.
Abis je sembahyang, time untuk pekena teh tarik.
anne teh tarik kurang manis satuuuu!!!!
teh tarik satu siappppp!!!!!!!!!!

kat mana pulak kau nak carik teh tarik kat dublin lepas subuh ni bang oii??
tak pe, kita bancuh sendiri. 3 in 1 punya.
jenama Aik Cheong pilihan hati.
olang cina pun manyak pandai tarik itu teh
dah minum separuh, buih dah selamat dihirup

memang my favourite teh tarik air tangan si aik cheong ni.
Walaupun aik cheong adalah seorang cina namun teh tariknya tetap sedap.
tak berapa manis, lemak berkrim secukup rasa (bukan macam few mamak yang kedekut susu, macam la pakai susu bini kau!!)
tak rasa kelat terlebih teh (teh tarik berperisa kelat adalah pantang aku)

Sambil minum teh tarik harus lah menonton tv.
Lihat jam, dah pukul 5.30 pagi, tambah tolak tambah tolak pukul 12.30 tgh kat malaysia
eh eh ada melodi kat TV3, rancangan penuh lagha pengumpul dosa.
eksited eksited
but how i'm going to watch it? tak kan mahu skype dengan mama dan halakan webcam ke tv?
mesti kualiti siaran seperti pirated vcd.
takpe takpe, kita ada website raacuun, khas untuk tengok tv malaysia
dapat tengok LIVE tv malaysia tuu. phewwitt best best.
terubat jugak homesick ni.
live from malaysia

ok tengah hari kejap lagi mahu makan nasi kandar. mana mau cari?
Nanges!!!!!!!!
tak dapek den nak nolong. telan ayaq liuq je la. T_T

Saturday 1 October 2011

Masakan orang bujang

Hari ni mood aku baik.
So aku pun berbesar hati la nak masak whiskas tumis air special sikit.

Menunya:

Nasi Jagung + Ayam masak merah
                                                           bos, nasi jagung siapppppp!!!!


memang sedap lah wa cakap lu. (read masuk bakul angkat sendiri)
tapi lagi sedap kalau ada kari terung dengan dalca, ditambah pulak dengan acar timun dan nanas.
but since i have limited bahan mentah dan kerajinan yang terhad, maka cukup lah 2 hidangan yang super lazat wahaha bongkak sial.

jadi aku nak berkongsi la resepi. (walaupun resepi ni pun aku rembat kat internet, tapi aku 'oter' sikit sebab kekurangan bahan. hidup obersi harus bersemangat mcgyver.)
sukatan adalah main agak-agak sahaja ya puan-puan.

nasi jagung

bahan-bahan:

  • beras basmathi 4 cawan
  • butter 
  • jagung setin
  • bawang*
  • halia*
  • garlic*
  • serai dititik
  • serbuk kunyit
  • susu
  • kayu manis
  • bunga cengkih
  • cardamom (buah pelaga)
cara-cara:
  1. kasi blend *
  2. kasi cair butter, kasi tumis semua benda kecuali beras, serbuk kunyit dan susu
  3. masuk beras dan susu. kasi masuk serbuk kunyit sekali
  4. season to taste
  5. masak dan makan
             Disclaimer: gambar diambil menggunakan kamera cap tupai. warna asal lebih menyelerakan
Ayam masak merah

bahan-bahan:
  • ayam
  • cili boh
  • bawang*
  • garlic* 
  • halia*
  • serai*
  • tomato sos
  • sos tiram
cara-cara:
  1. kasi kunyit dan goreng itu ayam
  2. kasi blend *
  3. kasi tumis semua
  4. masukkan ayam
  5. season to taste
  6. siap dan makan


Alhamdulillah kenyang. walaupun ayam terlebih taruk gula, dah nak jadi pengat pulak tapi bedal sahaja.

p/s: tips untuk kurus: JANGAN MAKAN MAKANAN DI ATAS!!!