Thursday 22 December 2011

Aku bukanlah sesiapa...

Kalau ada sesiapa yang 'rajin' stalk page facebook aku mesti korang perasan yang aku ni rajin kongsi berita-berita tentang politik.
Kalau study serajin ni kan bagus wakaka
Kononnya nak jadi mahasiswa yang peka terhadap perkembangan negara la, kononnya.
bukan setakat mahasiswa yang hanya tau tengok porn, baca gosip-gosip artis, tengok 22 orang lelaki dewasa berebut sebijik bola (bola sepak la tu), bercouple tak tentu hala
nak juga jadi mahasiswa yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
tapi dalam syok2 berkongsi buah fikiran tu adalah jugak yang 'terasa'

nak dipendekkan cerita ada la sorang hamba Allah ni tiba-tiba call bapak aku,
suruh bapak aku bagi 'nasihat'  kat aku supaya jangan la terlalu 'kritikal' dengan kerajaan.
kononnya aku ni selalu post benda yang 'bukan-bukan' tentang kerajaan.
buat komen/status yang agak kritikal terhadap kerajaan.
Hati-hati sikit pasal kononnya aku ni belajar disponsor oleh government/MARA. (eh memang betul la kan disponsor, apa yang kononnya)

Perghhh
Menyirap jugak la darah aku.
Apehal hal pulak page facebook aku kau nak kecoh-kecoh.

Aku bukan post benda-benda lucah ke apa.
Bukan promote homoseksual ke, dadah ke.
Just kongsi benda-benda macam..... berita politik je.
Bukan promote aliran politik songsang macam komunisme ke, talibanisme ke
Cuma berkongsi buah fikiran didalam dunia yang kononnya meraikan demokrasi dan kebebasan bersuara.
And the most important thing is, I AM NOBODY.
My opinion is worthless, nobody listen to my say.
Benda-benda yang aku post/share pun jarang-jarang orang komen/like.

Yang tak boleh blah,

siap boleh report kat bapak aku pulak tu,
HAHAHA macam la aku ni sekolah rendah lagi.
Nak tegur, tegur la direct, hantar personal message pun tak pe.
Aku sudi mendengar pendapat/teguran orang lain


Tapi bila fikir2 balik
silap aku jugak agaknya sebab tak seimbang dalam berkongsi berita.
Tu yang ada orang terasa kot haha.
I have to admit that most of the stuffs that i posted/shared are quite critical toward the ruling government.
So mungkin it gives an impression yang aku ni sangat-sangat la kritikal dan menentang kerajaan dan selamanya bersama pembangkang. LOL
So untrue ok

Ok.
Let me tell you something ar..
secret ni tau!!
i'm not a registered voter........ yet
Why?
memang sengaja aku tak daftar.
Sebab aku rasa akan berlaku conflict of interest jika aku mengundi.
Aku sangat-sangat la bersyukur dan terhutang budi terhadap kerajaan pimpinan BN.
tanpa polisi-polisi DEB, kuota bumiputera etc, belum tentu aku dapat bantuan pelajaran, pergi obersi
kalau nak ikutkan sistem meritokrasi, agaknya dah ke laut dah aku ni.
Jadi aku ambil keputusan untuk tidak 'khianat' terhadap kerajaan selama mana aku masih belajar dibawah bantuan mereka ini.
Namun begitu, bantuan pelajaran itu bukanlah alasan untuk menidakkan hak aku sebagai rakyat untuk bersuara, menegur, menkritik kerajaan,
walaupun hanya melalui medium facebook atau twitter.


Suka lah aku nak memetik kata-kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam account twitternya:

"biasiswa saya dulu bukan duit BN, tapi duit Kerajaan Msia"



Lagi pun mostly benda-benda yang aku kongsi ni adalah melibatkan kepentingan awam,
perkara yang melibatkan rakyat marhaen secara langsung.
Aku tak rela hanya duduk diam bila melihat sesuatu yang aku rasa 'tak betul' menimpa my fellow malaysian.
('betul' atau 'tak betul' itu boleh dibicara lain kali ya)
kalau politik selak kain, video lucah, fitnah-memfitnah, perkauman
memang aku takkan post/kongsi,
tak kira dari pembangkang mahupun kerajaan.
Gutter politic memang gua tak main la.

Nanti when i'm ready to vote,
tak kira la BN ke, PR ke, Fianna Fail ke,
asal yang bersih, amanah, competent akan jadi pilihan.
Buat masa ni biarlah jadi tukang sorak je.

Kepada yang terasa tu, i offer my most sincere apologies.
sementara tu meh kita layan lagu ni, best woh!
macam nak tengok filem Songlap, tapi dengan siapa?

p/s baiklah akan berkongsi juga cerita/berita tentang DS1M Hj Najib Razak, boleh?

No comments:

Post a Comment

minit mesyuarat