Saturday 4 February 2012

Jatuh


trauma ok aku tengok video ni.
dejavu pun ada
reason?
aku pun pernah alami benda yang sama....
-
-
-
Jatuh kereta.
-
-
-
kalau di tanya pada rakyat marhaen
dalam banyak-banyak kes jatuh, aku rasa jatuh dari kereta adalah benda yang terakhir orang boleh fikir. banyak lagi kes2 jatuh sialpalis yang boleh berlaku.
sebut jatuh mesti ramai terfikir; jatuh tangga, jatuh basikal, jatuh hati, jatuh tertonggeng, jatuh talak, jatuh moto dan segala macam jatuhan lagi la.
so jatuh kereta ni boleh la ni di kategorikan sebagai kes jatuhan exotic.
jarang-jarang. kadang-kadang, sikit-sikit
ok dah merapu dah ni. back to the main story.

kejadian malang ni berlaku dalam 17-19 tahun lepas.
masa tu aku tadika kot
nak dipendekkan cerita yang dah tak berapa nak panjang
pada suatu petang yang hening, mak aku nak keluar ke pekan, so mesti lah aku ikut sekali kan.
dan menjadi kebiasan bila naik kereta dengan mak, aku duduk di depan.
dan menjadi kebiasan jugak untuk budak-budak ketot untuk tak memakai seat belt sebab nak duduk rapat kedashboard supaya nampak jalan di hadapan (macam la kau yang drive kan).

maka bermula la chain of event yang hampir meragut nyawa seorang manusia yang tak berdosa (waktu tu la)
kira macam malaikat maut dah ada check list di tangan
dia dah tick satu-satu dah

no seatbelt..............................................................checked
pintu tak rapat.........................................................checked
newbie driver..........................................................checked
sharp corner...........................................................checked
konar baring............................................................checked
izin-Nya..................................................................---NA---

memang aku ingat dengan jelas time terjatuh tu.
satu ketika kau tengah duduk elok je dalam kereta.
the next time, "eh tu macam kereta yang aku naik tadi, tapi apsal aku ada kat luar?"
dan kau meniarap macam ulat gonggok atas jalan
keliru? ya
sakit? not really
terkejut? of course
dahaga? teramat sangat
biasa la budak-budak kecik lepas tercampak terguling keluar dari kereta yang sedang bergerak mestilah menangiskan
tak kan ketawa pulak. (boleh la try kat adik/anak anda kalau tak percaya)
Alhamdulillah tak ade patah riuk ke apa, cuma calar-calar macam tu je la.

walaupun dah dekat 17-19 tahun berlaku
tapi kesannya masih ada sampai hari ni.
mengigau di tengah malam
aku jadi orang yang sangat concern tentang safety bila naik/pandu kereta
i fasten the seatbelt everytime naik kereta. tak kira duduk depan, duduk belakang
akan kunci semua pintu walaupun hanya ke kedai membeli roti.
jarang bawak lebih had laju.
Alhamdulillah dah hampir 6 tahun ada lesen memandu, tak pernah lagi eksiden atau disaman polis.

So who said childhood trauma is a bad thing.

No comments:

Post a Comment

minit mesyuarat