Thursday 29 December 2011

kawin lawannya cerai

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


If i read this article correctly, at least 1 in 5 couples end up in divorce.
I'm not in the best position to comment on this sebab aku tak pernah kawin pun.
girlfriend pun tak ade
Tapi aku macam pelik la,
ada orang sebelum kahwin tergedik-gedik nak kahwin.
dah kahwin terkinja-kinja nak bercerai.
pasai apa ya?
tapi apa yang pasti benda ni buat orang orang bujang macam aku fikir 13 kali nak kawin.

Thursday 22 December 2011

Aku bukanlah sesiapa...

Kalau ada sesiapa yang 'rajin' stalk page facebook aku mesti korang perasan yang aku ni rajin kongsi berita-berita tentang politik.
Kalau study serajin ni kan bagus wakaka
Kononnya nak jadi mahasiswa yang peka terhadap perkembangan negara la, kononnya.
bukan setakat mahasiswa yang hanya tau tengok porn, baca gosip-gosip artis, tengok 22 orang lelaki dewasa berebut sebijik bola (bola sepak la tu), bercouple tak tentu hala
nak juga jadi mahasiswa yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
tapi dalam syok2 berkongsi buah fikiran tu adalah jugak yang 'terasa'

nak dipendekkan cerita ada la sorang hamba Allah ni tiba-tiba call bapak aku,
suruh bapak aku bagi 'nasihat'  kat aku supaya jangan la terlalu 'kritikal' dengan kerajaan.
kononnya aku ni selalu post benda yang 'bukan-bukan' tentang kerajaan.
buat komen/status yang agak kritikal terhadap kerajaan.
Hati-hati sikit pasal kononnya aku ni belajar disponsor oleh government/MARA. (eh memang betul la kan disponsor, apa yang kononnya)

Perghhh
Menyirap jugak la darah aku.
Apehal hal pulak page facebook aku kau nak kecoh-kecoh.

Aku bukan post benda-benda lucah ke apa.
Bukan promote homoseksual ke, dadah ke.
Just kongsi benda-benda macam..... berita politik je.
Bukan promote aliran politik songsang macam komunisme ke, talibanisme ke
Cuma berkongsi buah fikiran didalam dunia yang kononnya meraikan demokrasi dan kebebasan bersuara.
And the most important thing is, I AM NOBODY.
My opinion is worthless, nobody listen to my say.
Benda-benda yang aku post/share pun jarang-jarang orang komen/like.

Yang tak boleh blah,

siap boleh report kat bapak aku pulak tu,
HAHAHA macam la aku ni sekolah rendah lagi.
Nak tegur, tegur la direct, hantar personal message pun tak pe.
Aku sudi mendengar pendapat/teguran orang lain


Tapi bila fikir2 balik
silap aku jugak agaknya sebab tak seimbang dalam berkongsi berita.
Tu yang ada orang terasa kot haha.
I have to admit that most of the stuffs that i posted/shared are quite critical toward the ruling government.
So mungkin it gives an impression yang aku ni sangat-sangat la kritikal dan menentang kerajaan dan selamanya bersama pembangkang. LOL
So untrue ok

Ok.
Let me tell you something ar..
secret ni tau!!
i'm not a registered voter........ yet
Why?
memang sengaja aku tak daftar.
Sebab aku rasa akan berlaku conflict of interest jika aku mengundi.
Aku sangat-sangat la bersyukur dan terhutang budi terhadap kerajaan pimpinan BN.
tanpa polisi-polisi DEB, kuota bumiputera etc, belum tentu aku dapat bantuan pelajaran, pergi obersi
kalau nak ikutkan sistem meritokrasi, agaknya dah ke laut dah aku ni.
Jadi aku ambil keputusan untuk tidak 'khianat' terhadap kerajaan selama mana aku masih belajar dibawah bantuan mereka ini.
Namun begitu, bantuan pelajaran itu bukanlah alasan untuk menidakkan hak aku sebagai rakyat untuk bersuara, menegur, menkritik kerajaan,
walaupun hanya melalui medium facebook atau twitter.


Suka lah aku nak memetik kata-kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam account twitternya:

"biasiswa saya dulu bukan duit BN, tapi duit Kerajaan Msia"



Lagi pun mostly benda-benda yang aku kongsi ni adalah melibatkan kepentingan awam,
perkara yang melibatkan rakyat marhaen secara langsung.
Aku tak rela hanya duduk diam bila melihat sesuatu yang aku rasa 'tak betul' menimpa my fellow malaysian.
('betul' atau 'tak betul' itu boleh dibicara lain kali ya)
kalau politik selak kain, video lucah, fitnah-memfitnah, perkauman
memang aku takkan post/kongsi,
tak kira dari pembangkang mahupun kerajaan.
Gutter politic memang gua tak main la.

Nanti when i'm ready to vote,
tak kira la BN ke, PR ke, Fianna Fail ke,
asal yang bersih, amanah, competent akan jadi pilihan.
Buat masa ni biarlah jadi tukang sorak je.

Kepada yang terasa tu, i offer my most sincere apologies.
sementara tu meh kita layan lagu ni, best woh!
macam nak tengok filem Songlap, tapi dengan siapa?

p/s baiklah akan berkongsi juga cerita/berita tentang DS1M Hj Najib Razak, boleh?

Sunday 18 December 2011

Balik kampung


jom balik kampung!!!!!!
oh oh oh balik kampung
oh oh oh balik kampung..

excited nak balik malaysia.
tapi beg belum habis pack.
baju yang baru dibasuh belum habis dilipat.
bilik belum berkemas.
and i need to be in the airport in 7 hours time.

looking back at my itinerary,
just realize how stupid i was
to purchase ticket with 11 hours transit time in London heathrow.
OMG
What am i gonna do during the transit period.
the airport is not that great.
kalau nak pegi london city center,
macam malas la pulak (padahal kedekut nak bayar train)

i wish i could just skip the travelling part.
kalau la ada pintu kat bawah ni......

Friday 16 December 2011

If you're going through hell, keep going.

I've been going through hell for the last few weeks.
Exam people, exam!
That explains for the lack of update.
And finally today, i'm done with the last paper.

Macam biasa la bila kau dah habis exam
hilang segala idea nak buat apa.
dulu masa sebelum exam kemain rak lagi plan nak buat tu, nak buat ni.
tapi kebiasannya bila habis exam ke laut semua planning-planning tu.
konon ada list movie yang mahu ditonton,
last-last satu haram pun tak tengok.

Unfortunately cuti winter kali ni adalah pendek (sialan lu UCD)
2 minggu sahaja.
but i've decided nak balik Malaysia 'truly asia'.
nekad
lantaklah berapa mahal pun tiket
apa aku peduli (padahal menangis time bayar, makan roti sapu jem sebulan nak cover)
asalkan dapat escape dari irish winter.
dapat jumpa famili.

But before balik haruslah:

  • mengemas bilik yang dah macam kandang babi baru lepas mengawan
  • membasuh baju kotor yang mencakar langit. 
  • membeli buat tangan untuk sanak-handai di tanah air

So, better start now or else aku telanjang balik malaysia takde baju nak pakai.

Monday 5 December 2011

December

My least favourite month.
Why?
The exams,
The weather.
Cold and gloomy.
Typical irish winter
Memang homesick gila la wei time-time ni..........
-
-
-
-
-
Dulu waktu zaman sekolah,
december la bulan yang paling best sekali.
Cuti hujung tahun la kata kan
Boleh bangun tidur lambat.
Kira 9 pagi tu awal sangat la kalau nak bangun. biasa pukul 10 ke atas.
Bangun bangun je tak gosok gigi, tak mandi terus lepak depan tv.
selalunya layan TV3 slot "Alam Ria Cuti Sekolah".
Dulu astro tak ade lagi. Rumah orang kaya je ada astro time tu.
So layan la kartun2, filem2 disney, ultraman
Bila mama dah start jerit baru la sibuk-sibuk pegi mandi.
Pastu sambung tengok tv lagi.
Bosan tengok tv, start main-main  gaduh sepak terajang dengan adik pulak
bila tiba time petang pulak dah mengelinjang tak senang duduk nak keluar main.
The rule was boleh keluar main lepas pukul 5,
so sementara nak tunggu pukul 5 tu dah menggelupur tak tentu arah,
risau budak-budak lain dah start main dah.

Lagi best bulan 12 sebab dulu musim raya adalah time hujung-hujung tahun.
Memang boleh balik kampung awal.
2 minggu lagi nak raya dah ada kat kampung.
Berkumpul sepupu sepapat
so kalau dah berkumpul ada je la aktiviti yang dibuat
-
-
-
-
-
Fast forward to december 2011
i'm stuck in my room,
10908 km away from home and my family.
2°C of outdoor temperature 
11 days away for winter exam
and
13 days away for homecoming.
Yes december pertama di malaysia sejak 2007
InsyaAllah