Friday 30 September 2011

Best non-sex feeling ever......

wah wah kemain miang lagi ko bedah. kahwin belom tapi dah tahu sex feeling.
Bukan apa.
hari tu aku naik bas. ntah sapa kaya sangat wakafkan paper, so aku pun baca free la paper.

Tak banyak pun cerita menarik melainkan one of the hopeful candidates for presiden ireland post adalah gay. Kiranya tu la topic hot sekarang kat ireland.
Irish ni bajet alim la kononnya, bab gay-lesbo ni memang sensitip. dilarang sondol-sondol belakang.
ala sama la macam malaysia.
holier than thou.
wakakaka.

ok ok melalut sudah. aku nak cerita pasal apa td. dah lupa dah.
Oh ye pasal best non-sex feeling.

Tengah aku browse surat khabar tu, terbaca satu column tulis pasal topik ni.

'What is the best non-sexual sensation ever?'

antara jawapan yang diberi adalah:

  • The feeling when you first wake up but don't have to get out of bed yet.
  • When you are congested as fuck and suddenly you nostrils open up
  • When you finally get rid of that thing stuck in your teeth
  • Dipping your hand into a deep bag of uncooked rice
  • Taking a big poo that slides out with only a little resistance, and that "vacated bowels" feeling you get after.
  • Pulling the protective plastic covers off new electronics and such
  • Releasing a massive fart after holding them in during a long class
i agree with some of the given answers.
but may i add a few benda-benda yang orgasmic ni, personal punya.

  1. Bila esok nak exam tapi kau dah give up sebab tak berapa nak ready.......... and suddenly bukak website universiti kata exam kena postpone. Happened to me last year. 
  2. Turning your pillow to the cold side. But this is only true during summer or when in malaysia.
  3. Vacuum karpet yang kotor. yes i'm a weirdo. sapa ade karpet kotor, do call me.
  4. Beli tiket balik malaysia. walaupun nak balik lagi 6 bulan. 
  5. Pecah-pecahkan wrapper yang ada air bubbles.
i'm not married yet therefore aku tak layak la nak komen on sexual feeling walaupun aku faham what is it all about. eh?

                                                         ahhhh  bedah leganya melepas!!!!

Thursday 29 September 2011

High 5 everybody

To my anak saudara di alam rahim, selamat membesar. jangan nakal-nakal tau.
InshaAllah tak lama lagi kita jumpa ya.

Pak Ngah tak sabar nak jumpa kamu =)

                               blom lahir lagi dah pandai buat high 5!! try tengok tangan kat atas dahi

Saturday 24 September 2011

Hell's kitchen

Aku suka masak... dulu.
Sekarang ntah macam mana keseronokan masak-memasak ni dah hilang. Kalau setakat keseronokan je hilang tak pe la lagi, ni dengan skill kulinari yang amatlah mediocre pun turut lesap.

Dulu waktu mula-mula sampai ke Dublin, memang tiap-tiap hari ghairah mencuba resepi-resepi baru.
First time masak sendiri la katakan. Kira waktu tu kalau masak sup jadi pun sibuk nak telefon heboh satu kampung.

website myresepi dgn mesra.net aku buat home screen la.
Memang kalau tengah-tengah time lecture mesti selalu tercicir 15 slides di belakang gara-gara khayal membayangkan apa nak dimasak malam kejap lagi atau pun tangan sibuk menulis, bukan mencatat nota tapi mereka cipta resepi. Kalau sekali imbas tengok buku nota aku, mesti orang ingat aku student cookery school, bukan medic school.

Tapi tu dulu.
sekarang aku masak asalkan edible je. asal boleh ditelan tekak.
semalam aku boleh termenung 5 minit memikirkan macam mana nak masak kari ayam walhal kari ni is the basic. like boiling water (lagaknya kalah chef wan)

to my housemates, sorry, i lose my passion dalam masak-memasak ni.
expect the worst from me. mungkin satu hari nanti korang makan nasi dengan telur rebus je. atau beli whikas aku tumis masak air.


                                                  nak pedas or nak spicy?? ke nak yang hot

just another day..........

Ada ape yob ** september lepas? Siapa kawin? Kucing ko beranak ke senah?
Just wanna let you guys know that it was my birthday!! Ok loser promote besday sendiri.
                                                          Teringin nak makan red velvet cake

Actually i did nothing on that 'special' day though. 
No celebration, makan-makan or whatsoever. 
Just like the same ** september for the last 7 years.

Yes, I've stop celebrating my birthday ever since aku masuk boarding school. Why?
Ntah la. Tak de mood kot nak sambut-sambut birthday without family by your side. 

Lagi pun memang family aku tak berapa nak sambut sangat birthday-birthday ni.
What we usually did bila ada birthday adalah makan luar or mama masak special sikit.

Kata nak ada besday parti ke pesta ke memang tak ade la. Kek pun jarang-jarang muncul.
Waktu kecik-kecik dulu macam biasa la, tak makan Mcd, makan KFC. Memang kira on special occasion je la kau berpeluang nak makan kat dua tempat ni.
Dulu-dulu waktu pendapatan keluarga di bawah garis kemiskinan kebangsaan, memang selalu je upacara makan-makan diluar ni ditangguh.

"nanti abah dapat gaji kita pi makan luar eh" sadis betul ayat tu untuk kanak-kanak belum mummayiz.
Tapi lama-lama aku pun dah tak ambik kisah sangat pasal birthday ni.
Pernah satu tahun tu aku sampai terlupa dengan tarikh ** september ni.
Tu pun dekat-dekat maghrib mak aku call nak wish happy birthday. Kalau tak memang alamatnya esok pagi kot baru tersedar.

Satu lagi memang aku tak disclose pun birthday aku kat sape-sape. Macam gedik je nak cakap 
"eh eh kau nak tahu birthday aku next week", "esok besday aku tau". 
Aku memang tak berapa suka kalau ada orang-orang macam ni dengan aku. Motif beritahu birthday kau sambil tersengih macam kerang busuk? expect aku nak upah skuad kompang ke nyanyi lagu happy birthday kat kau?

Bagi aku birthday ni should be a private event. nothing much to be celebrated or be proud off actually.
Semua orang meningkat umur every year. Even babi pun ada birthday. So it is neither an achievement that should be prevailed publicly nor promoted intensely. 
Don't get me wrong. I welcome wishes and aku ok je nak wish happy birthday sume tu tapi kalau kau terasa hati dengan seseorang sebab dia terlupa birthday kau or expect semua orang wish kau/bagi hadiah/celebrate together, aku dengan senang hati je nak bagi kau pelempang sedas. World doesn't revolve around you bitch.


Kepada yang wish happy birthday kat aku, thank you very much. I love you all (especially my family, my mama). Include me in your prayers. Pada yang tak tahu pun when is my birthday, it is ok. i would like to keep it that way. 


p/s: tips nak kurus. makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Macam mana nak jaga makan? watch your calorie intake. learn about portion size and how to estimate calorie content in a meal. 





Friday 16 September 2011

Penghilang terbesar

Direct translation of  the biggest loser. ok memang bodoh pun.. tak tau nak letak tajuk apa.
Aku time cuti summer lepas, i spent most of my time tengok TV.
One of my feveret tv shows is the biggest loser. Memang dramatik gila la menonton sekumpulan orang debab mahu menimbang berat badan. 
Dengan muzik yang menggetarkan jiwa, sang debab melangkah ke penimbang JPJ. 

teet toot teet toot teet toot bunyi keramat mesin penimbang. 
last2 keluar result... -5 pounds. kemain seronok lagi kakak/abang debab berjaya menguruskan badan.
mungkin kalau yang beragama islam akan melaungkan azan.. punyalah seronok

Ok memang tak cool apabila rancangan tv kesukaan kau adalah the biggest loser. 
Tapi sebab rancangan ni lah aku tergerak nak kuruskan badan yang dah macam ikan buntal.
kira macam terhutang budi la ni.
lagi pun memang aku tak layan sangat benda2 mcm gossip girl, house, glee, how i met your mama... hanya untuk remaja je benda2 ni. (bajet dah tua la ni)

Dulu masa sekolah rendah aku ni kecikk je orangnya. kalau jentik dah jatuh tertonggeng. makan pun nak tak nak je.
Tapi bila hormon testosterone dirembes secara pukal bila umur menginjak akil baligh, haa kau selera bapak jin mula bertandang.


Kau bayangkan masa form 3, berat badan dah 80kg, kalau seluar size pinggang dekat 36. Time makan nasi, kalau pinggan tu edible, memang aku dah makan dah.
Tapi masih tiada riak penyesalan mahupun kesedaran untuk menguruskan badan.

Tahun demi tahun, satu demi satu KG lemak ditambah pada perut, bontot, pinggang, tetek, dagu. 
Dengan tetek yang meranum ke size 34D, aku dah consider nak beli coli dah. wakaka.
                                                   Gambar hiasan. tiada kaitan dengan penulis
Kemuncaknya pada 2010 dengan berat 94 kg, waist 39 inch. Memang sekali pandang mungkin tersalah orang dengan Rikishi, wrestler WWE.


Jadi nak dipendekkan cerita, masa cuti summer 2010, aku saje je la seronok2 tengok the biggest loser ni. agaknya Tuhan masih sayangkan aku.... (awww suwetnya). Hidayah nak kuruskan badan datang macam tu je (sila buat gaya memetik jari)

So dari saat tu memang aku bertekad jaga makan, exercise, jogging sumer.
Bila dah balik ireland still committed la kononya. Hasilnya dalam 5 bulan, 30kg spare tyre berjaya dikikis. Tapi dalam hepi2 tu ada benda yang annoying jugak, habis semua baju aku tak boleh pakai. 
seluar-seluar lama dah boleh buat jala ikan aku rasa. 

Dari size 39 turun ke size 30, memang kalau kau nak cerut guna tali pinggang pun tak lepas punya, habis lubang.

Moral of the story, kata-kata seperti "saya dah diet tapi badan macam tu jugak" or "aku ni keturunan debab" or "ye ke aku gemuk?? mana ada gemuk, tough je wei, ni semua muscle!!", orang-orang macam ni haruslah disepak jubo mereka supaya kesedaran tu timbul. (aku la yang cakap semua benda ni hehe). 

What you need to kuruskan badan are knowledge, determination and will power. Tak perlu jus mate 5 Dr Rozmey atau sesi rawatan marie france body line. Semua tu MENGARUT.


So in future entries, i'll share my experience and tips on how to lose the excess weight and keep them off forever..

meh kena letak gambar sebelum-selepas, baru convincing sikit kan. 

SEBELUM

                                     abang debab berhati mulia berkongsi makanan dengan burung
                                                   Muka kelaparan barangkali

SELEPAS


                                           






Thursday 15 September 2011

26 random things........


1. When you looked at yourself in the mirror today, what was the first thing you thought?
    bapak hitam legam la aku ni

2. How much cash do you have on you?
    40 euro

3. What's a word that rhymes with "DOOR?"
    What???

4. Favorite planet?
   Earth


5. Who is the 4th person on your missed call list on your cell phone?
    none, cleared mine.

6. What is your favorite ring on your phone?
    I really don't have one

7. What shirt are you wearing?
    pagoda

8. Do you "label" yourself?
    No

9. Name the brand of your shoes you're currently wearing?
    adidas

10. Bright or Dark Room?
     bright. masa tidur pun aku on table lamp.

11. What do you think about the person who took this survey before you?
     nothing to do, so terpaksa la buat

13. What were you doing at midnight last night?
     Sleeping
mengigau

14. What did your last text message you received on your cell say?
      studying matters

15. Where is your nearest 7-11?
    no 7-11 in ireland.

16. What's a word that you say a lot?
      emmmmm....

17. Who told you he/she loved you last?
    my mom

18. Last furry thing you touched?
     sejadah. (eceh2)

19. How many drugs have you done in the last three days?
     one. panadol pun drug jugak

20. Favorite age you have been so far?
     17. zaman form 5. 

21. Your worst enemy?
     Syaiton

22. What is your current desktop picture?
      vertical stabilizer of Boeing 777 

23. What was the last thing you said to someone?
      ye la

24. If you had to choose between a million bucks or to be able to fly?
     able to fly. penat kot jalan kaki ulang alik pi hospital tiap-tiap hari.

25. Do you like someone?
      Definitely yes

26. The last song you listened to?
     love you like a love song by selena gomez

Tuesday 13 September 2011

Anak emak.....

Hari tu masa balik bercuti kat Malaysia, aku ade tengok satu cerekarama kat TV3, tajuk 'Anak Emak'. Overall boleh tahan la jalan cerita. walaupun terlelap 2 kali.


Sinopsis secara ringkas, hero baru kahwin tapi mak hero tetap layan hero macam budah kecik. Cemburunya mak hero pada heroin (wife si hero tadi) membuak-buak, so wujud konflik di situ antara mak hero dan heroin. Akhirnya mak hero bercinta dengan taukeh chalet, eh? apa kaitan? Agaknya part mak hero kenal2 dengan taukeh chalet aku membuta kot.

So apa yang menariknya drama ni. Tidur!. Heroin dia cantik comel lote. Tu yang best tu.
wakaka Dasar gatal peliaq la mamat ni!!


Sebenarnya banyak pengajaran yang aku ambik dari drama ni.
First sekali, haruslah mencari bini yang comel.
Secondly, walaupun bila seekor seorang lelaki tu dah kahwin, priority dia still pada kedua ibu bapa. Bini pun penting tapi tanggungjawab pada parents come first.
Thirdly, Kalau boleh lepas kahwin tu duduk la berasingan dari mak bapak. Aku pun bila kahwin tak mau la duduk dengan mertua, nak jugak merasa duduk rumah sendiri (walaupun sewa). Tapi kalau rumah mertua ada swimming pool size olympic, siap ada helipad. aku on je. kata jantan mata duitan.
Fourthly, i'm not going to get married in... ermm, let say in 5 years time.
Fifthly, i'm not gay, thank God.


I'm not ashamed to admit that i'm an anak mak, dulu kini dan selamanya. Even at 23 i rely on my mother to potong the kuku, korek the telinga (ok ni ngada2 je lebih, aku boleh je potong kuku, korek telinga sendiri. tapi serius kalau orang lain tolong korek telinga kau, memang sedap tau).

Disebabkan aku ni anak emak, maka awal-awal lagi aku dah beli tiket nak balik this coming winter break. Amatlah keji bagi seorang pelajar oversea untuk survey tiket balik malaysia sedangkan dia masih lagi berada di malaysia!! Tapi amatlah mulia sang anak untuk survey tiket balik malaysia untuk menziarah ibu bapanya sedangkan........u know the rest.  haa macam mana tu falsampah aku ni.

Aku ni memang belajar je kat obersi tapi minda kat malaysia. Memang kerajaan silap pilih orang la nak seponser, perabih boras jo kata orang. Apa boleh buat, saya anak emak.....

                            Gambar 19 tahun dulu. Memang trend seluar pakai atas pusat masa tu ok.

                          Memang lebat rambut abah aku time ni. sekarang tak payah cerita la, gondolll....

p/s: abang pun anak abah jugak hehe.....

Sunday 11 September 2011

memang dasar lalang...........

wakakaka baru 5 entry dah tukar blog title, blog address sumer. Adoi nak buat macam mana nama lama aku tak berapa berkenan, macam gedik pun ade. Satu lagi memang salah satu sifat buruk aku ni adalah cepat bosan dengan sesuatu, so buat la overhaul kat blog ni.

tapi tak pe la, blog ni pun baru nak start. reader pun tak ramai, sorang je (memang terasa ke-loser-an).

p/s: ade ke orang baca blog ni? ahh tak kesah la, anggap macam diari je la, sok2 aku dah nyanyuk nak mampos boleh gak bini tolong bacakan.

apabila alam menyeru pada pukul 3 pagi tapi mangkuk jamban tak de

Memang perit menahan berak selama 4 jam.
Azabnya mungkin setaraf dengan orang nak beranak.

Maka insaflah sebentar diri ini mengenangkan jasa para ibu yang terpaksa menempuh saat memeritkan semasa beranak. memang menderita aku cakap kat kau.

Motif cerita tahan berak 4 jam dan keinsafan yang timbul???
Sebenarnya jamban rumah aku sedang di renovate.
Disebabkan rumah yang aku duduk ni direka oleh arkitek setaraf Cesar Pelli,
maka beliau telah mengambil tindakan bijak dengan mereka rumah yang ade satu bilik air sahaja!!!

bijak kan?
i dunno what the architect was thinking when he drew this house master plan?
mungkin dia ingat.. "rumah tak boleh banyak2 jamban, banyak setan nanti".

Selama ni aku selalu je terbayang "kalau la satu hari nanti jamban ni rosak, mana nak berak kencing mandi semua?" Tapi memang aku anggap benda tu impossible nak berlaku...........           
                                                   


Malang tak berbau, tahi pula yang berbau..


sekali kau hari tu toilet leaking sampai siling kat living room tingkat bawah tu roboh.
So the landlord decided to refurbish the damn toilet, replace the toilet bowl etc2. OK that's supposed to be a good news isn't it? NOOO....


The problem now is the landlord has the saltiest taik hidung.
He insisted to do all the repairing job by himself. Nak save la kononnya, tak nak upah plumber!!

So the work progress was really2 slow.
Macam hari ni tanggal toilet bowl lama, esok baru nak install toilet bowl baru, lusa baru nak siap kan lantai.

Memang sialpalis ok.

Kalau kau kedekut sangat nak upah professional buat kerja, kau buat la kerja tu cepat-cepat sikit.

Abis dia ingat aku nak berak kat mana sementara projek mega ni nak siap?
Kalau waktu siang boleh jugak aku ke masjid menumpang berak (memang umat islam yang derhaka pegi masjid tujuan utama nak memerut) tapi kalau tengah malam, takkan kau nak berak atas paper, bungkus2 baling kat jiran sebelah.

nak je aku call si landlord tu maki...                                                                                                             "WOI PANTEKKK, CEPAT SIAPKAN JAMBAN, AKU NAK BERAKKKK!!!!!!"



Memang menyirap betul darah manis muda aku ni. Kalau landlord ni tak siapkan jugak renovation hari ni, memang aku tekad nak berak atas paper, bungkus, lepas tu poskan kat dia.