Monday 29 August 2011

I speak no Tamil wokeyyy!!

Aku tau tona kulit aku adalah  hitam merelit dark brown. Memang kalau orang sekali pandang aku mesti dia cakap "eh tadi i macam ternampak Dato' Shah Rukh Khan la. kenapa dia lagi hensem kat luar tv?" PANGGG perasan nak mampus. layak dilempang.

                                                  Hey you, wanna dance?


So aku xde masalah pun dengan tona kulit ala latino ni. Tapi waktu dekat KLIA masa on da way balik Dublin, aku telah disapa mesra oleh abangla bertanyakan direction. You see people, disebabkan aku dididik dengan budi pekerti yang tinggi, maka aku pun dengan penuh senyuman menantikan soalan abangla tu.

abangla : excusme sirrr. !@#$%^&* trainnn !@#$%^ KL !@#$%^&


Pemuda berbudi pekerti mulia (pbpm) : Sorry? how can... (dipotong oleh abangla)


abangla : !@#$%^&*()%^&*


pbpm : i don't understand what u're saying. Why don't you ask the info counter. it's just over there. let me show.... (sambil tangan seperti Karam Singh Walia) (dipotong..)


abangla : *&^%$#$%^ train @#$%^


pbpm : So you're looking for the train then? the platform is just across the terminal. just follow the sign.


abangla : !@#$%^&* train @#$


pbpm : Look, i speak no Tamil!! i do look like tamil but believe me i speak NO tamil!! 


(budi pekerti mula hilang)


abangla : ?????? @#$%^&*.....   (ok meh aku potong pulak cakap ko)


pbpm : Ok there is the counter, ask them! (read: oh please fuck off)


terus berlalu pergi. Aku ni memang cepat panas kalau aku cakap orang tak faham-faham. Mama mintak tolong ajar dia pakai iphone pun aku dah setengah mati je tahan panas hati, ini lagi abangla orang cakap tak faham-faham.

Lagi tambah berbulu kat hati ni sampai dah boleh jadi karpet, dia terus je cakap tamil ngan aku, salam tak de apa tak de. Mesti girang je hati dia bila nampak aku, wooo geng sekampung la, boleh tanya jalan ni!! "excusme sirrr !@#$%^&..." haaa ambik ko terus tamil ngan aku. cakap pun ala2 mesin gun punya laju.

To abangla, Sorry la time tu memang aku bad mood nak balik dublin, tak dapat raya wei. Lagi ko pi cakap tamil ngan aku sapa suruh. bila aku cakap tu diam dan dengar baik2, bukan asyik nk potong je. Selamat Hari Raya kepada sume warga Bangladesh di Malaysia. selamat pulang berhari raya.



Sunday 28 August 2011

Musafir di Aidilfitri

Ok sekarang mata aku dah sebijik macam mata Kassim Selamat? Why? nanges la wei lagi 3 hari nak raya orang duk sibuk balik kampung aku pulak kerek giler balik Dublin. Sialpalis punya uni bukak kelas hari isnin padahal raya hari selasa. cuba la bersimpati sikit dengan umat Muhammad saw yang nak beraya ni. extend la seminggu ke. Kalau tang Krismas tak menyempat je nak bagi cuti. Dasar kafir harbiii!! kan dah kena bambu.

So dengan hati yang tabah dan muka yang macho (padahal kalau dengar lagu dendang perantau time tu konfem nanges dan dan tu jugak) aku pun berlepas pulang ke Dublin via London dengan menaiki penerbangan MAS. Dengan berbekalkan biskut raya, muruku, rempeyak cukup untuk bekalan ke raya haji, maka my parents pun dengan perasan teruja hantar aku pi KLIA.
                           berposing dulu sebelum pi airport

                          Supir sedang beraksi ala mikel shemaker




                               ewah, orang yang nak balik pun tak over bergambar
                                  Lambaian terakhir. tak pe winter kita jumpe lagi
                                    'Bas' tambahan Boeing 747-400. we want A380 please!!
Memang aku agaknya tak de luck dalam naik2 flight. Asal aku naik je flite penuh. so tak de la chance nak stretch the legs ke, baring ke (ewah dh naek economy ade hati berangan nk baring2, penerajang mau?). So aku pun heran apsal la MAS ni asyik rugi padahal flite penuh. Agak2 la brader management nak songlap duit pun sikit2 dah la.

Flight departed pukul 10 pagi. So lepas hantar aku, my family pun terus gerak balik Bukit Serampang tapi tidur semalam dekat Melaka, shopping mopping kononnya. Jadi tinggal la aku keseorangan mengharungi 16 jam perjalanan ke Dublin, tanah air kencing setan (arak memang diorang buat macam hirup cendol je sini).

Overall flite ok la. cuma MAS punya plane memang dah buruk sangat dan haruslah diganti dengan A380 ASAP. Oleh kerana flite adelah waktu siang (dh smpi dublin pun siang lagi), aku pun menuruti lah perintah Ilahi untuk tidah berpuasa (ceh kalau tang tak berpuasa laju je, cuba tang semayang, cukup liat) .

Sekarang dah selamat tiba di Dublin. Sekarang mahu ke bandar membeli desktop lcd konon nk transform laptop jadi desktop. Basikal pancit tak repair lagi, esok dah start kelas, lusa dah raya. ARGHHHH memang raya paling stress la kali ni.

Saya ingin menujukan lagu ni untuk mama dan abah, family di kampungs. mungkin raya pose kita tak dapat bersua muka, raya krisma nakanda balik wokey.

p/s: wokeh nak sambung nanges.

Thursday 25 August 2011

Taiping, a town i've been calling home for the past 5 years

lusa aku dah nak fly balik dublin. Tuhan je tau mcm mana aku rasa sekarang. Kalau boleh meraung dah lama aku meraung dah tapi nanti orang ingat aku sewel pulak, tak pasal-pasal kena tempeleng dengan mama balkis. sedih, sebak nak tinggalkan famili, lagi-lagi balik lagi 3 hari nak raya, ko bayangkan. Memang suwey habislah nasib aku. orang semua dok sibuk nak balik kampung aku boleh pulak lawan arus nak balik pi study. Binawei betul uni aku. arghhh tesyen.

So ape kena mengena aku nak balik dublin dengan tajuk entry? Sat belom habis cerita lagi ni. nak menjadikan keadaan lebih syahdu (mengada-ngada), famili aku akan berambus berhijrah ke selangor hujung tahun ni. so kiranya ni la kali terakhir aku stay kat taiping (unless jodoh dengan orang taiping nanti, balik rumah mertua la... panngggg tampar kuat-kuat diri yang gatal ni).

Sedih ok walaupun aku duduk taiping  5 tahun je, tu pun balik bila cuti semester tapi aku dah mcm bonding giler dengan pekan cowboy ni. Dengan pemandangan yang gorjes dan serene je suasana, memang Taiping ni cukup sesuai la dengan jiwa kampung aku ni. Aku memang tak berapa berkenan nak duduk dekat bandar-bandar besar ni. Semak kepala. Dengan jem-nya (ke jam? yang sapu roti tu jam jugak ape) tensyen siot.

Walaupun tak mempunyai title bandaraya or metropolitan, tapi Taiping tak de la macam hulu banat pembangunan terbantut ok. Ko cakap kat aku apa tak de kat Taiping ni, cinema, check. Kamdar, check (motif?) tesco, giant, double check. starbuck pun ade woi (ek eleh starbuck je pun nak kecoh. orang lain buat kumur mulut je kopi setarbuck ko tu). kira lengkap la Taiping nak menampung gelojak keinginan anak muda yang memberontak mencari sedikit hiburan (ayat memang macam sial, aku tau).

Tapi tempat paling feveret aku kat Taiping of kos la taman tasik dia. Pemandangan dia perghh kalau ko bawak awek memang tak de la nak main picit-picit ke, raba-raba ke. Sume mesti terpengun dengan kegorjesan pemandangan sekeliling. dekat taman tasik ni la aku mengikir lemak-lemak di perut dan bontot sampai hilang 14kg (ye ke?) dg jogging keliling bekas lombong tu.




                                      cantek ok. obersi pun tak chantek macam ni
For 5 years i've been calling this small town as home. but now it is time to say goodbye. until we meet again. goodbye taiping.

Sunday 21 August 2011

orang beloging, ko pun nak beloging jugak

my very very first entry.......woohh 
(kegembiraan sambil menghentak-hentak kaki ke lantai, eksaited!!!!!! okeh ni esejeret je)

                                              Pak cik cukup eksaited... teruja

selama ni aku hanya jadi pembaca blog je. baca pun blog member-member.
ada la blog-blog strangers yang aku main redah je masuk sekali baca-baca, eh seronok pulak. (kalau la baca buku sekolah seronok dia macam tu jugak) blog porn pun terbaca jugak hehe (salahkan google ye, aku taip pak aji, sekali keluar cerita pak aji bersekedudukan dengan saida wtf!) 
komen tu ade la 2 3 kali dalam  masa 3 tahun masihi.

apa-apa pun aku harap blog ni tak de la jadi warm-warm chicken shit.
motif nak berblogging? 
saje sebab hidup aku ni begitu menekan/stress (kononnya), 
so menerusi blog ni aku harap nak jadikan ia sebagai wadah untuk mencarut melepaskan tekanan dan juga sebagai landasan pelantar platform untuk aku berkongsi buah testikel fikiran. 
(motif guna ayat seperti masuk pertandingan pidato diraja peringkat daerah ledang?)

   barisan para hakim yang bertongkatkan keadilan berpaksikan kebenaran........ bodek!!!

ok selamat membaca benda-benda yang tak berilmiah  mungkin separa lucah. sebarang komen-komen atau kata-kata nista adalah dialu-alukan.