Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha

Salam Lebaran. Selamat Hari Raya Aidiladha,

Usai beriftar dan bersolat maghrib di masjid jamek clonskeagh.
Sayu je hati bila pak imam tanpa teragak-agak melafazkan takbir raya sesudah solat
Fikiran menerewang, melayang pada keluarga di Malaysia
Walaupun takbir raya geng arab ni dia punya rentak ala2 rock n roll sikit, bukan macam takbir malaysia yang mendayu-dayu.
tapi still tercuit juga hati yang kononya berjiwa kental.

'Alah bisa tegal biasa' bak kata pepatah.
Raya kali ni dah kira raya yang ke-7 tanpa famili disisi (campur raya puasa and raya haji. tu belum kira raya cina, raya deepavali, raya krismas, raya thaipusam)
Tipu la kalau kata tak terasa nak menangis tapi redha sahajalah.
Apa boleh buatkan.

Dalam kesempatan ini aku doakan semoga Pak Lang dan Mak Lang yang berada di Mekah sihat walafiat dan seterusnya berjaya melaksanakan segala rukun haji.
Kepada mama dan abah, mungkin raya haji tak de rezeki nak berjumpa, raya krismas nanti InsyaAllah kita bersua.
Sementara itu meh kita layan video yang membuatkan aku cukup teruja nak ke Mekah satu hari nanti, InsyaAllah

p/s: sambung nanges......

No comments:

Post a Comment

minit mesyuarat