Sunday 2 October 2011

teh tarik dan racun ubati sakit rumah

Latest medical journal discussing about teh tarik dan racun?
sakit rumah? apokobondo tu jang?

Memang dah jadi typical syndrome (ke aku je?) untuk student obersi berasa homesick dari masa ke semasa walaupun dah tahun ke-4.
Jadi untuk menghilangkan rasa terkilan berjauhan dari tanah air dan keluarga, aku cuba untuk menghidupkan suasana malaysia di rumah.

So di pagi ahad yang hening, aku bangun awal untuk solat subuh.
Abis je sembahyang, time untuk pekena teh tarik.
anne teh tarik kurang manis satuuuu!!!!
teh tarik satu siappppp!!!!!!!!!!

kat mana pulak kau nak carik teh tarik kat dublin lepas subuh ni bang oii??
tak pe, kita bancuh sendiri. 3 in 1 punya.
jenama Aik Cheong pilihan hati.
olang cina pun manyak pandai tarik itu teh
dah minum separuh, buih dah selamat dihirup

memang my favourite teh tarik air tangan si aik cheong ni.
Walaupun aik cheong adalah seorang cina namun teh tariknya tetap sedap.
tak berapa manis, lemak berkrim secukup rasa (bukan macam few mamak yang kedekut susu, macam la pakai susu bini kau!!)
tak rasa kelat terlebih teh (teh tarik berperisa kelat adalah pantang aku)

Sambil minum teh tarik harus lah menonton tv.
Lihat jam, dah pukul 5.30 pagi, tambah tolak tambah tolak pukul 12.30 tgh kat malaysia
eh eh ada melodi kat TV3, rancangan penuh lagha pengumpul dosa.
eksited eksited
but how i'm going to watch it? tak kan mahu skype dengan mama dan halakan webcam ke tv?
mesti kualiti siaran seperti pirated vcd.
takpe takpe, kita ada website raacuun, khas untuk tengok tv malaysia
dapat tengok LIVE tv malaysia tuu. phewwitt best best.
terubat jugak homesick ni.
live from malaysia

ok tengah hari kejap lagi mahu makan nasi kandar. mana mau cari?
Nanges!!!!!!!!
tak dapek den nak nolong. telan ayaq liuq je la. T_T

No comments:

Post a Comment

minit mesyuarat