Sunday 28 August 2011

Musafir di Aidilfitri

Ok sekarang mata aku dah sebijik macam mata Kassim Selamat? Why? nanges la wei lagi 3 hari nak raya orang duk sibuk balik kampung aku pulak kerek giler balik Dublin. Sialpalis punya uni bukak kelas hari isnin padahal raya hari selasa. cuba la bersimpati sikit dengan umat Muhammad saw yang nak beraya ni. extend la seminggu ke. Kalau tang Krismas tak menyempat je nak bagi cuti. Dasar kafir harbiii!! kan dah kena bambu.

So dengan hati yang tabah dan muka yang macho (padahal kalau dengar lagu dendang perantau time tu konfem nanges dan dan tu jugak) aku pun berlepas pulang ke Dublin via London dengan menaiki penerbangan MAS. Dengan berbekalkan biskut raya, muruku, rempeyak cukup untuk bekalan ke raya haji, maka my parents pun dengan perasan teruja hantar aku pi KLIA.
                           berposing dulu sebelum pi airport

                          Supir sedang beraksi ala mikel shemaker




                               ewah, orang yang nak balik pun tak over bergambar
                                  Lambaian terakhir. tak pe winter kita jumpe lagi
                                    'Bas' tambahan Boeing 747-400. we want A380 please!!
Memang aku agaknya tak de luck dalam naik2 flight. Asal aku naik je flite penuh. so tak de la chance nak stretch the legs ke, baring ke (ewah dh naek economy ade hati berangan nk baring2, penerajang mau?). So aku pun heran apsal la MAS ni asyik rugi padahal flite penuh. Agak2 la brader management nak songlap duit pun sikit2 dah la.

Flight departed pukul 10 pagi. So lepas hantar aku, my family pun terus gerak balik Bukit Serampang tapi tidur semalam dekat Melaka, shopping mopping kononnya. Jadi tinggal la aku keseorangan mengharungi 16 jam perjalanan ke Dublin, tanah air kencing setan (arak memang diorang buat macam hirup cendol je sini).

Overall flite ok la. cuma MAS punya plane memang dah buruk sangat dan haruslah diganti dengan A380 ASAP. Oleh kerana flite adelah waktu siang (dh smpi dublin pun siang lagi), aku pun menuruti lah perintah Ilahi untuk tidah berpuasa (ceh kalau tang tak berpuasa laju je, cuba tang semayang, cukup liat) .

Sekarang dah selamat tiba di Dublin. Sekarang mahu ke bandar membeli desktop lcd konon nk transform laptop jadi desktop. Basikal pancit tak repair lagi, esok dah start kelas, lusa dah raya. ARGHHHH memang raya paling stress la kali ni.

Saya ingin menujukan lagu ni untuk mama dan abah, family di kampungs. mungkin raya pose kita tak dapat bersua muka, raya krisma nakanda balik wokey.

p/s: wokeh nak sambung nanges.

No comments:

Post a Comment

minit mesyuarat