Saturday, 29 October 2011

my very first 'pet'...

waktu kecil memang tidak berpeluang untuk memelihara binatang.
bukan tidak bersifat penyayang atau belas terhadap haiwan.
tetapi mempunyai ibu yang anti-binatang peliharaan membuatkan impian kaanak-kanak itu terkubur begitu sahaja.
bila bawa pulang anak kucing ke rumah, maka terus terdengar tempikan menyuruh dibuang baby kucing tu.
sadis!!
mungkin paling hampir memelihara binatang adalah sewaktu di KMB apabila ada kucing menumpang bersalin dibilik.
jadi atas dasar semangat setia kawan perikemanusian, aku sediakan sebuah kotak beralaskan baldu T-shirt buruk untuk keluarga kucing yang malang ini. sayu hati memerhatikan ibu kucing menetekkan anak-anak beliau. dimanakah jantan yang bertanggungjawab membuntingkannya??? getus hati sang adiwira.
lepas 'pancut' blah macam tu je. dasar jantan bedebah!!
selang beberapa minggu, dari 6 ekor anak kucing, last-last tinggal sekor je. mungkin lagi 5 ekor mak dia dah makan kot.

jadi bila berhijrah ke dublin, impian untuk memiliki binatang peliharaan terus membara.
tapi bila fikir-fikir balik nak memelihara haiwan ni besar komitmen dia. makan berak mau berjaga.
sedangkan makan minum aku pun tak tentu hala, inikan lagi mahu jaga anak dara orang binatang peliharaan.
So sebagai alternatif aku nak pelihara pokok je la.
pokok sebagai pet?? boleh la tu.

may i introduce...

WILSON

Wilson. duduk tepi tingkap bagi kena matahari. 

sedang berfotosintesis

setia menemani bila sedang study

Kenapa Wilson?
well wilson ni is one of the characters in one of my favourite movies.
Cast Away.
remember Wilson the volleyball?
Wilson, the most famous volleyball 
yes i name my 'pet' after this fella.
aku consider nasib aku sama macam tom hanks dalam cast away.
terperangkap kat pulau. (ireland is an island btw)
nak balik rumah tak boleh.
so to keep my sanity, haruslah ada peneman untuk bercakap-cakap dikala keseorangan dalam bilik
therefore i bought my wilson from tesco.

p/s: kenapa pokok?? pokok tak berak, kencing. tak busuk. yang paling penting murah. Goldfish pun nak dekat 20 euro sekor. baik beli ikan salmon lepas tu masak kari

2 comments:

minit mesyuarat