Tuesday, 11 October 2011

haemophobia....

haemophobia?
Sejenis kuih kah?
ataupun sedara bau-bau bacang dengan homosexual?
menurut professor emeritus wikipedia, haemophobia didefinasikan sebagai ketakutan ekstrem dan tidak rasional terhadap darah.
haemo: darah
phobia: fobia/takut
so ada faham sekarang?

alamak datang bulan la pulak!!

It is not uncommon to see people having this kind of phobia.
dia bukanlah satu problem besar pun kalau korang ada phobia ni.
tapi apabila kau adalah seorang pelajar medic, kononnya bercita-cita nak berkerja sebagai doktor,
memiliki phobia terhadap darah bukanlah satu perkara yang cool ataupun layak dihebahkan kepada orang kampung.

Semalam aku scrubbed in for surgery.
assisting the surgeons.
first surgery adalah washout of the infected haematoma (darah beku) at the abdomen.
bila surgeon toreh je perut, darah + blood clot keluar macam tak sempat-sempat.
warna adalah seperti ribena belum bancuh. blood clot pulak macam jeli.
Dekat satu liter darah + blood clot kena sedut keluar.
tapi aku time ni rilek je. sebab tengok dari jauh


second surgery, appendectomy a.k.a tummy tuck.
trim perut yang menggelebeh a.k.a spare tyre.
surgeon panggil aku tolong tarik lemak yang menggelebeh sementara dia start potong guna blade.
time ni aku dah seriau dah.
bila dah potong kulit, lapisan lemak pulak kena dipotong, kali ni lebih ganas dan sadis.
guna pisau rambo
guna electrocauterization. exactly macam kau ambik pisau panas potong butter.
berasap-asap bila lemak dan darah terbakar.
glove yang aku pakai pun dah lejun dengan cebisan lemak dengan darah
at this point aku dah macam seram sejuk.
tiba-tiba semua benda yang aku nampak jadi kaler putih.
omaigod!!!

dalam hati aku doa je jangan pengsan.
2.5 kg of spare tyre berjaya dikikis keluar. (rupa adalah seperti tetel daging)
aku pelan-pelan ke tepi dan terus keluar dari operating theater.
Fuh selamat tak pengsan dalam tu.
kalau tak memang tak tau la mana nak letak muka yang hensem ni.

What to do kan.
aku insan yang pengecut lemah
Aku sejak dulu cukup benci/ngeri dengan movie bunuh-bunuh macam film 'Saw', 'final destination'
bila ada orang ajak tengok movie genre kejam ni memang aku seboleh-boleh mengelak.
alasan2 yang paling cliche:

"tak best la cerita ni, aku tertido sat gi kang"
"dah tengok, tak best pun"
"ko belanja aku ikut!"


memang aku ngeri la nak tengok cerita-cerita macam tu.
kalau tengok pun konfem tekup muka dengan tangan.
kalau ada scene potong tangan, mesti tangan aku pun ikut berdenyut.
scene toreh mata, mesti mata aku berair-air.
scene rodok perut, nanti perut aku memulas-mulas
scene potong kemaluan, mesti.......

jadi bila kau masuk OT, semua scene diatas berlaku.
bayangkan je la macam mana nasib aku.

Harus prektis main darah ni. mana la nak cekau darah.

3 comments:

  1. hai salam perkenalan. lawak la baca blog you ni.

    ReplyDelete
  2. @anon: wsalam. nak kenal tapi pakai anon apekehal nya yob? ok la nak kenal kn. my name is redza. i am 23 years old. my hobby is collecting stamps.

    ReplyDelete
  3. macam mana skrg? masih takut lg? still ada tendency nk pitam bila tgk darah?

    ReplyDelete

minit mesyuarat