Friday, 16 September 2011

Penghilang terbesar

Direct translation of  the biggest loser. ok memang bodoh pun.. tak tau nak letak tajuk apa.
Aku time cuti summer lepas, i spent most of my time tengok TV.
One of my feveret tv shows is the biggest loser. Memang dramatik gila la menonton sekumpulan orang debab mahu menimbang berat badan. 
Dengan muzik yang menggetarkan jiwa, sang debab melangkah ke penimbang JPJ. 

teet toot teet toot teet toot bunyi keramat mesin penimbang. 
last2 keluar result... -5 pounds. kemain seronok lagi kakak/abang debab berjaya menguruskan badan.
mungkin kalau yang beragama islam akan melaungkan azan.. punyalah seronok

Ok memang tak cool apabila rancangan tv kesukaan kau adalah the biggest loser. 
Tapi sebab rancangan ni lah aku tergerak nak kuruskan badan yang dah macam ikan buntal.
kira macam terhutang budi la ni.
lagi pun memang aku tak layan sangat benda2 mcm gossip girl, house, glee, how i met your mama... hanya untuk remaja je benda2 ni. (bajet dah tua la ni)

Dulu masa sekolah rendah aku ni kecikk je orangnya. kalau jentik dah jatuh tertonggeng. makan pun nak tak nak je.
Tapi bila hormon testosterone dirembes secara pukal bila umur menginjak akil baligh, haa kau selera bapak jin mula bertandang.


Kau bayangkan masa form 3, berat badan dah 80kg, kalau seluar size pinggang dekat 36. Time makan nasi, kalau pinggan tu edible, memang aku dah makan dah.
Tapi masih tiada riak penyesalan mahupun kesedaran untuk menguruskan badan.

Tahun demi tahun, satu demi satu KG lemak ditambah pada perut, bontot, pinggang, tetek, dagu. 
Dengan tetek yang meranum ke size 34D, aku dah consider nak beli coli dah. wakaka.
                                                   Gambar hiasan. tiada kaitan dengan penulis
Kemuncaknya pada 2010 dengan berat 94 kg, waist 39 inch. Memang sekali pandang mungkin tersalah orang dengan Rikishi, wrestler WWE.


Jadi nak dipendekkan cerita, masa cuti summer 2010, aku saje je la seronok2 tengok the biggest loser ni. agaknya Tuhan masih sayangkan aku.... (awww suwetnya). Hidayah nak kuruskan badan datang macam tu je (sila buat gaya memetik jari)

So dari saat tu memang aku bertekad jaga makan, exercise, jogging sumer.
Bila dah balik ireland still committed la kononya. Hasilnya dalam 5 bulan, 30kg spare tyre berjaya dikikis. Tapi dalam hepi2 tu ada benda yang annoying jugak, habis semua baju aku tak boleh pakai. 
seluar-seluar lama dah boleh buat jala ikan aku rasa. 

Dari size 39 turun ke size 30, memang kalau kau nak cerut guna tali pinggang pun tak lepas punya, habis lubang.

Moral of the story, kata-kata seperti "saya dah diet tapi badan macam tu jugak" or "aku ni keturunan debab" or "ye ke aku gemuk?? mana ada gemuk, tough je wei, ni semua muscle!!", orang-orang macam ni haruslah disepak jubo mereka supaya kesedaran tu timbul. (aku la yang cakap semua benda ni hehe). 

What you need to kuruskan badan are knowledge, determination and will power. Tak perlu jus mate 5 Dr Rozmey atau sesi rawatan marie france body line. Semua tu MENGARUT.


So in future entries, i'll share my experience and tips on how to lose the excess weight and keep them off forever..

meh kena letak gambar sebelum-selepas, baru convincing sikit kan. 

SEBELUM

                                     abang debab berhati mulia berkongsi makanan dengan burung
                                                   Muka kelaparan barangkali

SELEPAS


                                           






No comments:

Post a Comment

minit mesyuarat