lusa aku dah nak fly balik dublin. Tuhan je tau mcm mana aku rasa sekarang. Kalau boleh meraung dah lama aku meraung dah tapi nanti orang ingat aku sewel pulak, tak pasal-pasal kena tempeleng dengan mama balkis. sedih, sebak nak tinggalkan famili, lagi-lagi balik lagi 3 hari nak raya, ko bayangkan. Memang suwey habislah nasib aku. orang semua dok sibuk nak balik kampung aku boleh pulak lawan arus nak balik pi study. Binawei betul uni aku. arghhh tesyen.
So ape kena mengena aku nak balik dublin dengan tajuk entry? Sat belom habis cerita lagi ni. nak menjadikan keadaan lebih syahdu (mengada-ngada), famili aku akan berambus berhijrah ke selangor hujung tahun ni. so kiranya ni la kali terakhir aku stay kat taiping (unless jodoh dengan orang taiping nanti, balik rumah mertua la... panngggg tampar kuat-kuat diri yang gatal ni).
Sedih ok walaupun aku duduk taiping 5 tahun je, tu pun balik bila cuti semester tapi aku dah mcm bonding giler dengan pekan cowboy ni. Dengan pemandangan yang gorjes dan serene je suasana, memang Taiping ni cukup sesuai la dengan jiwa kampung aku ni. Aku memang tak berapa berkenan nak duduk dekat bandar-bandar besar ni. Semak kepala. Dengan jem-nya (ke jam? yang sapu roti tu jam jugak ape) tensyen siot.
Walaupun tak mempunyai title bandaraya or metropolitan, tapi Taiping tak de la macam hulu banat pembangunan terbantut ok. Ko cakap kat aku apa tak de kat Taiping ni, cinema, check. Kamdar, check (motif?) tesco, giant, double check. starbuck pun ade woi (ek eleh starbuck je pun nak kecoh. orang lain buat kumur mulut je kopi setarbuck ko tu). kira lengkap la Taiping nak menampung gelojak keinginan anak muda yang memberontak mencari sedikit hiburan (ayat memang macam sial, aku tau).
Tapi tempat paling feveret aku kat Taiping of kos la taman tasik dia. Pemandangan dia perghh kalau ko bawak awek memang tak de la nak main picit-picit ke, raba-raba ke. Sume mesti terpengun dengan kegorjesan pemandangan sekeliling. dekat taman tasik ni la aku mengikir lemak-lemak di perut dan bontot sampai hilang 14kg (ye ke?) dg jogging keliling bekas lombong tu.
cantek ok. obersi pun tak chantek macam ni
For 5 years i've been calling this small town as home. but now it is time to say goodbye. until we meet again. goodbye taiping.
No comments:
Post a Comment
minit mesyuarat