Tuesday, 14 February 2012

sakit rumah

Home is a place you grow up wanting to leave, and grow old wanting to get back to. John Ed Pearce


Not going home is already like death. E. Catherine Toble


Home is the place where, when you have to go there, they have to take you in. Robert Frost


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
nanges



Saturday, 4 February 2012

Jatuh


trauma ok aku tengok video ni.
dejavu pun ada
reason?
aku pun pernah alami benda yang sama....
-
-
-
Jatuh kereta.
-
-
-
kalau di tanya pada rakyat marhaen
dalam banyak-banyak kes jatuh, aku rasa jatuh dari kereta adalah benda yang terakhir orang boleh fikir. banyak lagi kes2 jatuh sialpalis yang boleh berlaku.
sebut jatuh mesti ramai terfikir; jatuh tangga, jatuh basikal, jatuh hati, jatuh tertonggeng, jatuh talak, jatuh moto dan segala macam jatuhan lagi la.
so jatuh kereta ni boleh la ni di kategorikan sebagai kes jatuhan exotic.
jarang-jarang. kadang-kadang, sikit-sikit
ok dah merapu dah ni. back to the main story.

kejadian malang ni berlaku dalam 17-19 tahun lepas.
masa tu aku tadika kot
nak dipendekkan cerita yang dah tak berapa nak panjang
pada suatu petang yang hening, mak aku nak keluar ke pekan, so mesti lah aku ikut sekali kan.
dan menjadi kebiasan bila naik kereta dengan mak, aku duduk di depan.
dan menjadi kebiasan jugak untuk budak-budak ketot untuk tak memakai seat belt sebab nak duduk rapat kedashboard supaya nampak jalan di hadapan (macam la kau yang drive kan).

maka bermula la chain of event yang hampir meragut nyawa seorang manusia yang tak berdosa (waktu tu la)
kira macam malaikat maut dah ada check list di tangan
dia dah tick satu-satu dah

no seatbelt..............................................................checked
pintu tak rapat.........................................................checked
newbie driver..........................................................checked
sharp corner...........................................................checked
konar baring............................................................checked
izin-Nya..................................................................---NA---

memang aku ingat dengan jelas time terjatuh tu.
satu ketika kau tengah duduk elok je dalam kereta.
the next time, "eh tu macam kereta yang aku naik tadi, tapi apsal aku ada kat luar?"
dan kau meniarap macam ulat gonggok atas jalan
keliru? ya
sakit? not really
terkejut? of course
dahaga? teramat sangat
biasa la budak-budak kecik lepas tercampak terguling keluar dari kereta yang sedang bergerak mestilah menangiskan
tak kan ketawa pulak. (boleh la try kat adik/anak anda kalau tak percaya)
Alhamdulillah tak ade patah riuk ke apa, cuma calar-calar macam tu je la.

walaupun dah dekat 17-19 tahun berlaku
tapi kesannya masih ada sampai hari ni.
mengigau di tengah malam
aku jadi orang yang sangat concern tentang safety bila naik/pandu kereta
i fasten the seatbelt everytime naik kereta. tak kira duduk depan, duduk belakang
akan kunci semua pintu walaupun hanya ke kedai membeli roti.
jarang bawak lebih had laju.
Alhamdulillah dah hampir 6 tahun ada lesen memandu, tak pernah lagi eksiden atau disaman polis.

So who said childhood trauma is a bad thing.

Friday, 3 February 2012

Hiatus



i'm truly sorry for the brief hiatus..
although i know nobody give a sh*t whether i come up with a new post or not,
yet i still would like to apologize... at least to myself.

bila orang lain berblog, kau pun nak jugak berblog redza.
tapi blog orang lain terus bergerak maju, blog kau terbengkalai hidup segan mampus tak mahu.
hangat-hangat tahi ayam kan?
ke tak de idea nak tulis apa sebab hidup kau amatlah BOSAN??

maka azam bulan februari adalah untuk update blog dengan lebih kerap.
walau dengan entry sampah

Friday, 27 January 2012

rindu walau tak pernah bersua muka

I literally cried when i watched this video.
ok not like hysterically crying la
tapi menitis jugak la air mata ni.


alangkah bertuahnya Dr. Haron Din.
dapat menatap wajah manusia paling agung, paling mulia, kekasih Allah swt.
kalau lah aku pun dapat peluang yang sama...

Saturday, 14 January 2012

Azam tahun baru

Dah tengah bulan satu baru kau nak berazam ya.
Fail sungguh kau ni.
tapi...
Tapi kan biar kita lambat sikit daripada beria-ria dengan azam baru pada tanggal 1 januari tapi cuma bertahan 2 minggu je
macam pre-mature ejaculation.
azam baru tu biar sustainable through out the year la kata orang.
baru tak jadi 'warm warm chicken pooh'.
tak nak la jadi macam video kat bawah

tapi azam 2011 macam mana pulak?
it wasn't a customary for myself to have resolution every single new year.
so there wasn't any.
tapi this year rasanya perlu untuk ada at least satu azam.
konon-konon buang tebiat la.

ok dah masuk perenggan 3 dah tapi tak jugak cerita pasal azam baru, patut la BM kau asyik dapat B dengan C memanjang, karangan terpesong
Azam saya tahun ini adalah membuang sikap skeptikal bila berbicara tentang jodoh.
why?
dah tak sabar ke bang oi?
well, sebenarnya aku terbaca status sorang ustaz ni dalam facebook

"Tips mencari pasangan matang. Jangan pinang lelaki atau perempuan yang apabila disebut bab kahwin, dia ketawa kecil tersipu-sipu. Belum lagi la tu!"

terasa habis la aku.

tapi memang pun kalau ada mak cik-mak cik aku tanya
"dah ade gepren ke belom ni?"
"bila nak ada gepren?"
"nak tolong carikan ke?"
"mak lang ada kawan, anak dia......"
zzzzzzzz..
aku ketawa-ketawa kecil umpama meminta pelempang
kononnya tersipu-sipu
atau buat disgusted face
ewwww 

memang aku cepat-cepat cakap tak de.
nehi
common replies:
"not the time yet" la
"habis belajar dulu" la
"kerja dulu la"
lepas tu terus tukar topik.
memang aku skeptikel gila lah bila masuk bab ni
seolah-olah macam "auntie, why are you asking those questions to a little boy? i'm innocent ok, suci"
please don't tell me where do babies come from. saya suci lagi.

WAK LU little innocent boy.
umur dah mencanak-canak tapi apa2 hasil pun tak de.
Abah time umur-umur macam kau ni dah nak masuk 2 anak dah.
Kau??
anak tekak dengan anak mata je la.

to make things worse
pasal kes student jantan UCD kahwin dengan jantan.
tak pasal-pasal aku pun terkena tempiasnya
ada ke patut nenek aku cakap
"ntah ntah hang ni pun suka kat laki kot"
not cool atok, not cool
tak kan la tak de gepren terus dicop gay.

oleh itu, bersempena dengan bulan baru, tahun baru
saya berazam akan bersikap lebih matang dan tidak skeptikal apabila ditanya soal gepren/jodoh etc etc
no more ketawa-ketawa kecil
no more tersipu-sipu malu
setiap soalan akan dijawab dengan penuh konfiden
sebagai contoh:

soalan (S): ni dah ade gepren ke belom ni??
jawapan jejaka matang (JJM)Ya, kerana setiap manusia telah ditetapkan jodoh masing-masing oleh Yang Esa. tapi masih belum diberi keizinan oleh-Nya untuk bersua muka.*


S: eh eh saper hah gepren hang? kenai kan lah kat kami.
JJM: Nanti sampai saatnya, Allah akan beri keizinan untuk saya perkenalkan kepasa semua. buat masa ni... repeat ayat *

S: awat hang ni lambat? orang lain suma pakat berkawan, hang dok terceruk sorang-sorang tang tu ja.
JJM: Kerana Allah swt lebih tahu masa yang terbaik untuk diriku

S: teringin nak makan nasi minyak hang la.
JJM: Akan ku layangkan kad jemputan berbau bedak kepada mu bila-bila masa, INSYAALLAH.

so agak-agaknya sustainable tak this year's resolution?

Tuesday, 10 January 2012

SAH!!!

HAHAHAHA!!!!!
Adoiyai.
tak sempat-sempat abang kita ni.
dah tak sabar sangat la ni.
konfiden je cakap sah.

Thursday, 29 December 2011

kawin lawannya cerai

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


If i read this article correctly, at least 1 in 5 couples end up in divorce.
I'm not in the best position to comment on this sebab aku tak pernah kawin pun.
girlfriend pun tak ade
Tapi aku macam pelik la,
ada orang sebelum kahwin tergedik-gedik nak kahwin.
dah kahwin terkinja-kinja nak bercerai.
pasai apa ya?
tapi apa yang pasti benda ni buat orang orang bujang macam aku fikir 13 kali nak kawin.